Mesyuarat Ketiga Penggal Kelima Dewan Negeri Selangor Tahun 2017
3 November 2017, 06 November hingga 10 November 2017 dan 13 November hingga 16 November 2017
47) PEMBANGUNAN ‘PASAR RAKYAT’
Tahun: 2017
Sesi: 3
Isu: Kerajaan Tempatan
Adun: Y.B. Puan Lee Kee Hiong
Kategori: Bertulis
Sub Soalan
-
Nyatakan 'Pasar Rakyat' yang telah dan akan diwujudkan oleh Kerajaan Negeri bagi memasarkan pengeluaran produk dan hasil tani tanpa menggunakan khidmat orang tengah.
Sebanyak dua (2) Pasar Rakyat yang telah dibina setakat ini di Majlis Perbandaran Ampang Jaya (MPAJ) dan Majlis Perbandaran Selayang (MPS) manakala Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA), Majlis Perbandaran Kajang (MPKj), Majlis Perbandaran Sepang (MPSp) dan Majlis Daerah Hulu Selangor (MDHS) masih dalam perancangan dan pembinaan.
-
Adakah Kerajaan Negeri memberi peruntukan kepada PBT untuk mewujudkan 'Pasar Rakyat'? Jika ya, nyatakan butir-butirnya.
Peruntukan pembinaan pasar rakyat ini adalah dengan menggunakan peruntukan PBT masing-masing.
-
Adakah Kerajaan Negeri telah mengenalpasti lokasi 'Pasar Rakyat' di Hulu Selangor?
Pihak MDHS telah mengenalpasti lokasi bagi pembinaan pasar rakyat iaitu di Jalan Seroja Seksyen BS6, Bandar Bukit Sentosa.