Mesyuarat Ketiga Penggal Kelima Dewan Negeri Selangor Tahun 2017
3 November 2017, 06 November hingga 10 November 2017 dan 13 November hingga 16 November 2017
30) ORANG KURANG UPAYA (OKU)
Tahun: 2017
Sesi: 3
Isu: Kebajikan
Adun: Y.B. Puan Yeo Bee Yin
Kategori: Bertulis
Sub Soalan
-
Sila berikan statistik terkini jumlah warga orang kurang upaya (OKU) mengikut daerah dan jenis ketidakupayaan.
Untuk makluman Ahli-Ahli Yang Berhormat sekalian, sehingga 15 Oktober 2017, terdapat seramai 69,216 Orang Kurang Upaya (OKU) yang berdaftar dengan pihak Jabatan Kebajikan Masyarakat. Pecahan statistik mengikut daerah dan
BIL DAERAH KATEGORI OKU JUMLAH KESELURUHAN PENDENGARAN PENGLIHATAN PERTUTURAN FIZIKAL PEMBELAJARAN MENTAL PELBAGAI 1 GOMBAK 725 609 30 3,061 3261 628 548 8,862 2 HULU LANGAT 927 857 40 4,450 4712 803 534 12,323 3 HULU SELANGOR 229 261 12 1,525 1367 231 160 3,785 4 KLANG 905 948 69 5,208 3677 773 761 12,341 5 KUALA LANGAT 213 294 18 1,485 1228 226 204 3,668 6 KUALA SELANGOR 244 273 16 1,737 1246 214 200 3,930 7 PETALING 1,595 1347 62 7,375 6357 1317 993 19,046 8 SABAK BERNAM 127 216 14 914 1350 185 139 2,945 9 SEPANG 153 186 11 1,016 737 98 115 2,316 JUMLAH 5,118 4,991 272 26,771 23,935 4475 3,654 69,216 Sumber : Bahagian Orang Kurang Upaya, Jabatan Kebajikan Masyarakat Negeri Selangor
jenis ketidakupayaan adalah seperti berikut: -
Apakah polisi dan usaha Kerajaan Negeri untuk membantu dan meperdaya golongan OKU di Negeri Selangor?
Melalui Jawatankuasa Tetap Kebajikan Negeri Selangor, sebanyak RM220,000.00 telah diperuntukkan bagi pelbagai program pemberdayaan dan pembangunan bagi golongan orang kurang upaya (OKU) di Selangor tanpa mengira bangsa, kaum dan fahaman politik.
Antara program yang telah dilaksanakan adalah Program Karnival Kerjaya dan Pemerkasaan Ekonomi OKU 2017 telah dilaksanakan buat julung kalinya pada 14 dan 15 Oktober 2017 yang lalu dengan penyertaan 18 buah majikan dan agensi yang mempunyai skim bagi golongan ini dengan menawarkan pelbagai pekerjaan yang bersesuaian kepada golongan OKU yang layak.
Secara tidak langsung program ini dapat membantu golongan OKU mendapatkan pekerjaan dan memperolehi sumber pendapatan untuk menampung kos kehidupan harian mereka. Lanjutan daripada program ini, seramai 113 orang daripada 200 orang daripada pencari pekerjaan OKU telah terpilih untuk meneruskan dan menghadiri sesi temuduga kedua bersama-sama majikan yang terlibat. Selain itu, Pusat Pemulihan DalamKomuniti (PDK) di Selangor yang terdiri daripada pelatih OKU turut diberi peluang untuk memasarkan produk hasil kerja mereka melalui aktiviti pemerkasaan ekonomi OKU yang dilaksanakan secara serentak dengan program Karnival Kerjaya berkenaan selaras dengan Teras Pelan Strategik JKM 2016-2020 iaitu untuk mengintegrasikan OKU ke dalam masyarakat bagi kesaksamaan hak dan peluang serta membantu golongan ini menjana ekonomi melalui produk-produk Pusat Pemulihan Dalam Komunitimasing-masing.
Dalam memastikan golongan OKU mendapat kemudahan yang sama seperti Masyarakat normal, Kerajaan Negeri telah mengadakan seminar Selangor Ke Arah Negeri Berdayahuni Dan Inklusif dengan kerjasama Majlis Bandaraya Petaling Jaya khas kepada semua Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) di Selangor lalu bertujuan untuk memberikan pendedahan dan kesedaran serta rasa sensitivity terhadap keperluan atau kemudahan reka bentuk sejagat. Melalui seminar ini, PBT perlu mematuhi perundangan dan garis panduan serta kawalan penguatkuasaan dalam memastikan pembangunan yang mesra OKU, ibu hamil atau warga emas di samping memenuhi keperluan sejagat.
-
Apakah usaha Kerajaan Negeri dalam menguatkuasakan 34A Uniform Building Bylaw (UBBL) untuk memastikan semua bangunan di Selangor adalah mesra OKU? Sila berikan angka-angka.
Kerajaan Negeri mengambil serius akan keperluan penguatkuasaan 34A Uniform Building Bylaw (UBLL) oleh semua Pihak BerkuasaTempatan (PBT) di Selangor dengan memastikan setiap PBT mematuhi Undang-Undang Kecil yang ditubuhkan dan diwartakan seperti berikut :-
i) Akta Jalan, Parit Dan Bangunan [Akta 133] Sel. P.U. 26/1985, Undang-undang Kecil Bangunan Seragam Selangor 1986 ;
ii) Akta Jalan, Parit Dan Bangunan [Akta 133] Sel. P.U. 95/1994 Undang-Undang Kecil Bangunan Seragam Selangor (Pindaan) 1993 ; dan
iii) Akta Jalan, Parit Dan Bangunan 1974 Undang-Undang Kecil Bangunan Seragam Selangor (Pindaan) (No. 2) 2012.
(Sumber daripada Seksyen Pihak Berkuasa Tempatan, UPEN)