Mesyuarat Ketiga Penggal Kelima Dewan Negeri Selangor Tahun 2017
3 November 2017, 06 November hingga 10 November 2017 dan 13 November hingga 16 November 2017
27) TVET (TECHNICAL AND VOCATIONAL EDUCATION AND TRAINING)
Tahun: 2017
Sesi: 3
Isu: Pendidikan
Adun: Y.B. Puan Yeo Bee Yin
Kategori: Bertulis
Sub Soalan
-
Senaraikan semua institusi-institusi Technical and Vocational Education and Training (TVET) di Negeri Selangor (swasta dan kerajaan) serta nyatakan jumlah pelajar dan kursus yang diberikan oleh institusi-institusi ini.
Berdasarkan sumber daripada Jabatan Pembangunan Kemahiran (JPK) sebanyak 222 buah institusi Technical and Vocational Education and Training (TVET) telah didaftarkan dan sebanyak 941 kos yang ditawarkan dengan kapasiti 33,502 orang penuntut. Senarai dan butir-butir institusi-institusi TVET disertakan di Lampiran A.
LAMPIRAN A
Senarai institusi-institusi Technical and Vocational Education and Training (TVET) di Negeri Selangor (Swasta dan Kerajaan) yang diiktiraf oleh Jabatan Pembangunan Kemahiran.
BIL. NAMA PUSAT LATIHAN KOS YANG DITAWARKAN KAPASITI PELATIH 1. Pusat Latihan Teknikal Perodua 2 100 2. Sime Darby Industrial Academy 9 225 3. Hicom University College (Akademi Saga) 3 275 4. Institut Teknikal Tan Chong (ITTC) 3 225 5. Proton Technical Training Center 3 75 6. Pusat Latihan Pengajar & Kemahiran Lanjutan (CIAST) 2 350 7. Institut Latihan Perindustrian Kuala Langat 26 650 8. Pusat Latihan Teknologi Tinggi (ADTEC) Shah Alam 15 375 9. Giatmara Kuala Langat 2 50 10. Giatmara Sabak Bernam 1 25 11. Giatmara Petaling Jaya Selatan 3 75 12. Giatmara Kapar 3 75 13. Giatmara Hulu Selangor 5 125 14. Giatmara Puchong 5 125 15. Giatmara Hulu Langat 4 100 16. Giatmara Tanjung Karang 4 100 17. Giatmara Sepang 3 75 18. Giatmara Sungai Besar 5 125 19. Giatmara Selayang 2 50 20. Giatmara Bangi 1 25 21. Giatmara Petaling Jaya Utara 1 25 22. Giatmara Kota Raja 2 50 23. Giatmara Subang 3 75 24. Giatmara Shah Alam 2 50 25. Giatmara Kelana Jaya 2 50 26. Giatmara Ampang Jaya 2 50 27. Giatmara Gombak 4 100 28. Giatmara Serdang 3 75 29. Giatmara Kuala Selangor 2 50 30. Giatmara Klang 2 50 31. Giatmara Selayang (Cawangan Rawang) 1 25 32. Institut Kemahiran Tinggi Belia Negara Dusun Tua 38 1100 33. Institut Kemahiran Belia Negara Peretak 19 575 34. Institut Kemahiran Tinggi Belia Negara (IKTBN) Sepang 17 675 35. Institut Kemahiran Belia Negara Kuala Langat 18 600 36. Kolej Vokasional Klang 3 75 37. Sekolah Menengah Pendidikan Khas Vokasional, Shah Alam 17 425 38. Kolej Vokasional Sungai Buluh 2 50 39. Kolej Vokasional Kajang 1 25 40. Kolej Vokasional Shah Alam 2 50 41. Kolej Vokasional Sultan Abdul Samad 1 25 42. Kolej Vokasional Sepang 1 25 43. Sekolah Menengah Kebangsaan Sungai Rawang 1 25 44. Sekolah Menengah Kebangsaan Taman Medan 1 25 45. Sekolah Menengah Kebangsaan Sultan Sulaiman Shah 1 25 46. Sekolah Menengah Kebangsaan Dusun Nanding 1 25 47. Sekolah Menengah Kebangsaan Tengku Idris Shah 1 25 48. Sekolah Menengah Kebangsaan Seri Selayang 1 25 49. Sekolah Menengah Kebangsaan Jenjarom 1 25 50. Sekolah Menengah Kebangsaan Sultan Abd Samad 1 25 51. Kolej Perhebat 33 825 52. Kolej Yayasan Felda Kelana Jaya 1 25 53. Pusat Latihan Perindustrian Dan Pemulihan Bangi 2 50 54. Pusat Latihan Yayasan Basmi Kemiskinan Selangor (YBK) 2 50 55. Pusat Pembangunan Tenaga Manusia Selangor (SHRDC) 2 50 56. Pembangunan Sumber Manusia Dan Teknologi (PPSMT) Mardi 3 75 57. Lembaga Perindustrian Kayu Malaysia 2 50 58. Montfort Boys Town 6 150 59. Beaubelle Academy 2 50 60. Domeilee Beauty Academy 2 50 61. Kolej Wit 19 1125 62. Issamay School Of Beauty 2 50 63. Pusat Latihan Kemahiran Velrocks 4 175 64. Times Academy Sdn Bhd 3 175 65. Yayasan Pendidikan & Vokasional Wanita Malaysia 2 40 66. Newera Automotive Academy 7 300 67. Institut Perkhidmatan Teknikal Bayu 4 275 68. BJ Automation Centre 4 100 69. Pusat Kecemerlangan Sepang (Kolej Anjung Selatan) 2 75 70. Pusat Latihan Kemahiran Automotive 2 50 71. Techterrain College 19 475 72. Kolej CQ Breyer 16 925 73. College MCS 18 775 74. INPENS International College 26 1075 75. Ikram Skills And Retraining Academy 9 225 76. Sunrise International College 3 75 77. Kolej Vis Mechatronic 4 225 78. SMI Training Centre Serdang 5 125 79. Five Best Skill Training Centre Sdn Bhd 2 200 80. Tune Skill Vocational Training 5 325 81. Kolej Sei Ryu Sha 4 100 82. NPR Skill Academy 3 75 83. Intra International College 21 950 84. Empire Putra College Sdn. Bhd. 2 50 85. Kolej Vis Mechatronic (Sri Muda) 3 125 86. Mastura International College 4 250 87. IFTC International Fashion Academy & Design 3 75 88. Mizumi International Skin Care & Beauty Academy 2 50 89. I-Systems Training Centre (Caw Klang) 6 250 90. Auto Terminal Training Sdn Bhd 3 425 91. Top Speed College 8 450 92. Kolej CQ-TEC Sunway 12 650 93. APT Hair & Beauty College 2 50 94. Auto Prima College 13 975 95. The Otomotif College (TOC) 6 225 96. Despark College 3 650 97. Prisma Intelek Training Centre 1 25 98. Asean Culinary Academy 3 125 99. Ananaz Beauty Academy 1 25 100. Bakeri Ria Academy 2 100 101. Cilantro Culinary Academy 5 325 102. Pusat Pembangunan Kemahiran Industri Polimer 1 25 103. Akademi Kemahiran TMTS 2 50 104. M.I.T. Academy, Shah Alam 14 350 105. European Technical & Vocational Academy 8 200 106. Head To Toe Beauty Therapy 2 50 107. BJ International Training College 2 50 108. Vocational Education Training Academy 7 425 109. A Cut Above International Academy 4 100 110. Kagumas College Of Hospitality 1 25 111. Millenium Hair Care Beauty Academy 1 25 112. Marrie Fashion Academy 4 100 113. Menang Training & Skills Services 1 25 114. Kolej Instech 1 50 115. Kaiizen International College 2 50 116. Master Weld Academy Sdn. Bhd. 3 350 117. Miraj Academy 7 250 118. Enter Coridor Training Centre 3 75 119. Kolej Apiic Academy 3 75 120. Kolej Teknologi Mea 12 475 121. RQC Management 8 300 122. ATC Academy 3 125 123. Sunway International Business & Management 4 100 124. Silver Spoon International College 7 175 125. Primus Institute Of Technology 8 200 126. Tharshal Training Academy Sdn. Bhd 2 50 127. Academy For Human Capital 2 50 128. Nitkertz Academy 5 125 129. PH Academy 2 75 130. The Styling Pavilion Academy 5 125 131. Micro Tech Training Centre 3 200 132. Enya Beauty Academy 1 25 133. SRS Skills Centre 2 50 134. Celmonze Aesthetic Academy 2 50 135. La Joise Academy Beaute & Aromatheraphy 2 50 136. Malvern International College 4 100 137. Sense & Style Beauty Academy 2 50 138. Global EDU Training Centre 5 125 139. Heritage Culinary Academy 3 150 140. JJ-One Beauty Academy 3 125 141. Septronic Skills Training Centre 22 600 142. Azmida Training Centre 8 800 143. Integrated Skills Institute 1 25 144. Akademi Ummahatul 4 100 145. Nishana College 6 150 146. Spectrum Institute Of Applied Technologies 5 125 147. SMV Global Academy 4 82 148. Sea Academy College 4 100 149. Akademi Juarasa 2 50 150. Limkokwing Academy Of Creative Innovation 3 75 151. Kolej Teknologi Prodigy 3 75 152. Kolej Genius 5 275 153. Vision Academy 1 25 154. KRU Academy 1 25 155. Butter & Olive College Of Baking And Culinary Art 6 150 156. Akademi Kemahiran Primavoc 2 50 157. Akademi Mostwell 1 25 158. Ezyedu Academy 3 125 159. Kingsley Skills College 5 125 160. Akademi Shakila 1 25 161. Akademi Intan Matang 2 50 162. Institut PJ Skill 2 50 163. Asean Hospitality And Tourism College Gold Coast Morib 7 150 164. Kolej Masa 8 245 165. Akademi Seni Pastry Malaysia 2 50 166. CHA Academy 5 225 167. System & Skills Training Concept 1 25 168. Sunway Machinery Training Academy 2 40 169. Technic Campus International 1 25 170. AAM Automotive Training Centre 4 100 171. Ahmad Idham Film Academy 3 75 172. Domino’s Academy 1 25 173. Akademi Era Gemilang 2 50 174. SBIT Training Academy 1 25 175. Pusat Latihan Kemahiran Minda Suria 1 25 176. Institute Of Professional Techniques And Skills 2 50 177. My Business Academy 9 575 178. De’ Zahra Beauty & Wellness 2 20 179. Akademi Kemahiran Minda Isbauk (Cawangan Rawang) 5 125 180. Malaysian Expert Institute Of Cosmetology 1 25 181. Point Academy 3 75 182. Pusat Kemahiran An An Edge 2 50 183. Matrix Trinity Technology & Creative Institute 1 30 184. Isha Technical College (ITC) 2 20 185. Rapid Bus Academy 2 50 186. Kat On-Site Training Institute 1 25 187. Unitar International Academy 1 25 188. Century Traditional Health Academy 1 25 189. I World Tech & Management Training Centre 1 25 190. Akademi Profesional Kosas 3 75 191. Akademi Kemahiran Tropika 3 75 192. Continuous Skills Centre 1 25 193. Quenary Academy 4 100 194. Aesthetics International Academy 2 50 195. Pusat Latihan Kemahiran Aihmsa 1 25 196. Pusat Latihan Pucuk Emas 1 25 197. I Style Academy 2 50 198. Profasion Art Of Fashion Dressmaker Academy 3 75 199. Camtop Institute For Business And Technology 2 50 200. Kolej Asa 2 50 201. Saito Meridian Academy 3 75 202. Megatech International College 1 25 203. Kolej Kemahiran Gloasia 1 25 204. Brandimage International Institute 1 25 205. Sky International College 2 50 206. Hospitality & Culinary Institute Of Malaysia 1 25 207. International Business College 1 25 208. AA Knowledge Malaysia 1 25 209. Optima International College 2 50 210. White Star International College 1 25 211. Srikandi Kolej Seni Jahitan 1 25 212. Kolej Life 3 75 213. Sub Beauty And Make-Up Academy 2 50 214. Etique Beauty Academy 2 50 215. Kolej Kemahiran Regent 1 25 216. Mumtaz Beauty Academy 1 25 217. Asiana Hospitality Academy 2 50 218. I-Teach Multimedia Academy 1 25 219. Kolej Teknologi Bestari (Caw. Ampang) 2 50 220. Medallion Skill Academy 1 25 221. Ame Training Academy 3 75 222. Ebic Ametec 1 25 JUMLAH 941 33,502 -
Apakah usaha Kerajaan dalam membangunkan TVET di Negeri Selangor?
Kerajaan Negeri Selangor mengambil serius dalam usaha membangunkan Technical and Vocational Education and Training (TVET) di Negeri Selangor. Pada tahun 2017 Kerajaan Negeri telah memperuntukkan sejumlah RM1 juta untuk membangun modul TVET di Kolej INPENS. Bagi memastikan institusi TVET mengikut keperluan semasa, pada pertengahan tahun 2017 Kerajaan Negeri telah meluluskan peruntukan sebanyak RM5 juta untuk menaiktarafkan infrastruktur serta kemudahan peralatan pembelajaran dan pengajaran di Kolej INPENS supaya selara dengan keperluan teknologi masa kini.
Untuk memastikan kesinambungan pembangunan TVET di Selangor sentiasa konsisten pada September yang lalu dialog bajet 2018 telah diadakan dan bagi aspek pendidikan tinggi, fokus yang perbincangan adalah pembangunan TVET di Negeri Selangor. Susulan daripada itu pada tahun 2018 sejumlah peruntukan untuk TVET akan dibentangkan di Sidang Dewan Negeri Selangor.
-
Apakah pencapaian Kerajaan Negeri dalam pembangunan TVET?
INPENS International College adalah sebuah Pusat Latihan Kemahiran bertauliah di bawah Kerajaan Negeri Selangor. Kolej ini ditubuhkan pada 8 Jun 1993 dan kampus utama INPENS terletak di Daerah Kuala Selangor. Kampus ini telah dilengkapi dengan pelbagai prasarana terkini untuk proses pembelajaran yang lebih efektif. Pada masa ini, INPENS telah merancang pelbagai program dan latihan kemahiran dengan tujuan untuk melahirkan graduan kemahiran yang berdaya saing di peringkat global.
Pada Mac 2006, INPENS bergerak maju ke hadapan dengan memberikan tumpuan sepenuhnya kepada program kemahiran vokasional dan memenuhi keperluan industri semasa. Program-program yang disediakan kepada pelajar ialah kemahiran vokasional berasaskan National Occupational Skill Standards (NOSS) dan diperakui oleh Kementerian Sumber Manusia dan juga dikawal selia oleh Jabatan Pembangunan Kemahiran (JPK).
Sehingga kini Kolej INPENS mempunyai 12 bidang yang ditawarkan kepada pelajar-pelajar yang berminat dalam bidang kemahiran. Sebanyak 3657 orang graduan telah berjaya dilahirkan sejak tahun 2010 hingga Oktober 2017.
Bagi memastikan Kerajaan Negeri Selangor mencapai kejayaan dalam pendidikan TVET seiring dengan pembangunan masa kini, kerjasama di antara institusi pendidikan dan industri giat dilaksanakan dan sejumlah peruntukan telah diperuntukkan pada tahun 2018 bagi tujuan tersebut.