Mesyuarat Ketiga Penggal Kelima Dewan Negeri Selangor Tahun 2017

3 November 2017, 06 November hingga 10 November 2017 dan 13 November hingga 16 November 2017

26) iCLEAN SELANGOR

Tahun: 2017

Sesi: 3

Isu: Kerajaan Tempatan

Adun: Y.B. Puan Yeo Bee Yin

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Sejauh manakah iClean Selangor digunakan di Pihak Berkuasa Tempatan di Selangor?

    i-Clean digunakan oleh rakyat di PBT berikut :- MPKlang, MPSelayang dan MPAmpang Jaya dan setakat ini dianggarkan mempunyai lebih kurang 1,600 pengguna berdaftar.

  2. Bagaimanakah RM45 juta yang diperuntukkan digunakan untuk penggunaan iClean? Sila berikan butiran dan pecahan perbelanjaan.

    Berikut merupakan penggunaan terkini peruntukan sebanyak RM45 juta untuk tujuan pembangunan sistem i-Clean bagi merealisasikan inisiatif Smart Waste Management di bawah KDEBWaste.

    No. Perkara RM
    1 Pembelian 59 unit lori kompaktor berteknologi tinggi 20,563,948
    2 Pembelian 40 unit lori Roll-on Roll-off (RoRo) 6,022,089
    3 5% bon perlaksanaan bagi tawaran perlantikan kerja-kerja kutipan sampah domestik dan pembersihan awam di Majlis Perbandaran Klang, Majlis Perbandaran Selayang dan Majlis Perbandaran Ampang Jaya. 3,581,452
    4 10% deposit pinjaman untuk pembelian 35 unit lori kompaktor berteknologi tinggi 1,198,203
    5 Pembelian 3 unit trak pikap untuk operasi KDEBWaste di 3 (tiga) PBT (MPK, MPS dan MPAJ) 308,732
    6 Pembangunan “Smart Application” untuk penambaikan dan penaiktarafan system pengurusan iClean Selangor 245,496
    Jumlah 31,919,920

    Baki peruntukan sebanyak RM13.1 juta masih belum disalurkan kepada KDEB Waste.

Lampiran

Tiada Lampiran.