Mesyuarat Ketiga Penggal Kelima Dewan Negeri Selangor Tahun 2017

3 November 2017, 06 November hingga 10 November 2017 dan 13 November hingga 16 November 2017

25) HAL EHWAL ORANG ASLI

Tahun: 2017

Sesi: 3

Isu: Orang Asli

Adun: Y.B. Puan Yeo Bee Yin

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Senaraikan usaha Kerajaan Negeri terhadap golongan Orang Asli pada tahun 2017.

    Kerajaan Negeri amat komited untuk mewartakan rizab orang asli di bawah Akta Orang Asli (Akta 134). Oleh itu, Pihak Berkuasa Negeri melalui Pejabat Tanah dan Galian Selangor telah mengadakan beberapa siri mesyuarat penyelarasan pewartaan rizab Orang Asli yang melibatkan Pejabat Tanah Daerah, Jabatan Kemajuan Orang Asli (JAKOA) dan Badan Bertindak Tanah Orang Asli (BBTOAS).

    Melalui mesyuarat tersebut telah dipersetujui, pihak JAKOA perlu mengemukakan permohonan untuk mewartakan rizab Orang Asli dengan mengemukakan pelan pra hitung kawasan yang dikenal pasti untuk diwartakan sebagai rizab Orang Asli. Seterusnya, pelan tersebut akan disemak oleh Pejabat Tanah Daerah dan BBTOAS untuk memastikan tiada isu pertindihan cadangan kawasan perizaban dengan tanah hakmilik. Sekiranya tiada isu pertindihan, cadangan kawasan perizaban akan diangkat untuk kelulusan Pihak Berkuasa Negeri melalui Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri. Setelah Jabatan Ukur dan Pemetaan Malaysia (JUPEM) mengeluarkan Pelan Warta (PW), perisytiharan perizaban Orang Asli akan diwartakan dalam Warta Kerajaan Negeri Selangor.

  2. Senaraikan tanah yang digazetkan sebagai tanah rizab Orang Asli pada tahun 2017.

    Tanah yang digazetkan sebagai tanah rizab Orang Asli pada tahun 2017

     

    BIL

     

    DAERAH NAMA KAMPUNG KELUASAN STATUS
    1. Kuala Langat Sungai Bumbun 329.6 ekar Telah dihantar ke Percetakan Nasional Berhad
    2. Sepang Kampung Bakok 9.044 ekar

Lampiran

Tiada Lampiran.