Mesyuarat Ketiga Penggal Kelima Dewan Negeri Selangor Tahun 2017
3 November 2017, 06 November hingga 10 November 2017 dan 13 November hingga 16 November 2017
24) UNIT INTEGRITI
Tahun: 2017
Sesi: 3
Isu: Pentadbiran
Adun: Y.B. Puan Yeo Bee Yin
Kategori: Bertulis
Sub Soalan
-
Sila senaraikan unit-unit integriti di semua agensi dan jabatan Kerajaan Negeri Selangor berserta dengan nama pemimpin dan cara hubungan unit-unit ini.
Senarai unit-unit integriti dan nama pemimpin bagi setiap unit berkenaan adalah seperti di Lampiran A.
Unit Integriti Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor telah mengadakan Mesyuarat Penyelarasan Unit-Unit Integriti Jabatan/Agensi sebanyak tiga (3) kali setahun bagi memastikan hubungan kerja dapat dilaksanakan dengan unit-unit ini. Berikut adalah maklumat berkenaan pelaksanaan mesyuarat tersebut;
Bil. Mesyuarat Tarikh Tempat 1 Bilangan 1/2017 16 Mac 2017 Bilik Gerakan Negeri, Tingkat 22 2
Bilangan 2/2017 19 Julai 2017 Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) 3 Bilangan 3/2017 Dijadualkan pada 21 November 2017 Dijadualkan di Pejabat Daerah/ Tanah Sepang (PDT Sepang) Melalui Mesyuarat Penyelarasan Unit-Unit Integriti yang dilaksanakan ini, Unit Integriti Jabatan/ Agensi akan mengetengahkan isu-isu semasa berkaitan integriti yang berlaku di jabatan/ agensi bagi memastikan ianya dapat dibincang dan diselesaikan. Jabatan/Agensi yang menjadi tuan rumah kepada mesyuarat ini juga akan memaklumkan aktiviti-aktiviti dan program-program integriti yang dijalankan.
LAMPIRAN A
i. BIL JABATAN/ AGENSI DI NEGERI SELANGOR NAMA KETUA UNIT INTEGRITI
JABATAN NEGERI SELANGOR 1 Perbendaharaan Negeri Selangor Puan Siti Nawwar binti Najib Penolong Pegawai Kewangan N41
2 Suruhanjaya Perkhidmatan Negeri Selangor Puan Nor Hafiza binti Ishak Penolong Pegawai Tadbir N32
3 Jabatan Pertanian Negeri Selangor Encik Ahmad Fuadi bin Mat Nooh Penolong Pegawai Tadbir N27 4 Pejabat Tanah dan Galian Negeri Selangor Puan Zaharah binti Hj. Salim Penolong Pegawai Tadbir N32
5 Jabatan Perhutanan Negeri Selangor Puan Nor Sunatis binti Hj. Abd. Ghafor @ A Jalil Penolong Pegawai Tadbir N32
6 Jabatan Mufti Negeri Selangor Encik Norakmal Azraf bin Awaluddin Penolong Pegawai Tadbir N27 7 Jabatan Kerja Raya Negeri Selangor Puan Norliza binti Yusoff Ketua Penolong Pengarah M52
8 Jabatan Pengairan dan Saliran Negeri Selangor Encik Irwan Shah bin Hashim Penolong Pegawai Tadbir N27
9 Jabatan Agama Islam Selangor Encik Sapian bin Abu Hasan Peg. Perkhidmatan Pendidikan DG29
10 Jabatan Kebajikan Masyarakat Negeri Selangor Puan Norliana binti Mohd Zappah Penolong Pegawai Tadbir N27 11 Jabatan Perancangan Bandar dan Desa Negeri Selangor Encik Rosly bin Ahmad Penolong Pengarah M44
12 Jabatan Perkhidmatan Veterinar Negeri Selangor Encik Syawal bin Samin Penolong Pegawai Tadbir N27
13 Jabatan Kehakiman dan Syariah Negeri Selangor Puan Siti Rahmah binti Hussin Pegawai Syariah LS41
BIL JABATAN/ AGENSI DI NEGERI SELANGOR NAMA KETUA UNIT INTEGRITI
PEJABAT DAERAH/TANAH NEGERI SELANGOR 14 Pejabat Daerah/Tanah Petaling Puan Mazyan Binti Muhammad Nordin Penolong Pegawai Tadbir N32
15 Pejabat Daerah/Tanah Gombak Cik Nor Hidayu Binti Sumiran Penolong Pegawai Daerah N41
16 Pejabat Daerah/Tanah Klang Puan Masrini binti Mohd Shahkarda Penolong Pegawai Daerah M41
17 Pejabat Daerah/Tanah Kuala Langat Puan Satiyah binti Ahmad Penolong Pegawai Tadbir N36
18 Pejabat Daerah/Tanah Hulu Langat Cik Siti Amirah binti Sharifuddin Penolong Pegawai Daerah N41
19 Pejabat Daerah/Tanah Sepang Puan Nor Amanina binti Jahari Penolong Pegawai Daerah N41
20 Pejabat Daerah/Tanah Kuala Selangor Puan Hasniza Binti Abd Aziz Penolong Pegawai Tadbir N32
21 Pejabat Daerah/Tanah Hulu Selangor Encik Zulkifli bin Zakaria Ketua Pembantu Tadbir Tertinggi N26
22 Pejabat Daerah/Tanah Sabak Bernam Encik Nik Shariman bin Nik Md Salleh Penolong Pegawai Tadbir N32
BIL JABATAN/ AGENSI DI NEGERI SELANGOR NAMA KETUA UNIT INTEGRITI
PIHAK BERKUASA TEMPATAN NEGERI SELANGOR 23 Majlis Bandaraya Petaling Jaya Puan Hajah Norlida binti Mohd Isa Pengarah Audit Dalam & Integriti W48
24 Majlis Perbandaran Klang Puan Siti Samiha Binti Samion Pegawai Integriti N44
25 Majlis Bandaraya Shah Alam Puan Juliah binti Alimun Pegawai Tadbir N44
26 Majlis Perbandaran Subang Jaya Puan Emilia binti Nasir Pegawai Tadbir N41
27 Majlis Perbandaran Kajang Encik Mohamad Fikri bin Marani Pegawai Tadbir N41
28 Majlis Daerah Kuala Langat Encik Miskon bin Karim Pegawai Tadbir N48
29 Majlis Daerah Kuala Selangor Puan Sabariah binti Hassim Penolong Pegawai Integriti N29
30 Majlis Daerah Sabak Bernam Puan Zairul Hawani binti Johari Pembantu Tadbir N22 31 Majlis Perbandaran Sepang Puan Nuriel ‘Izmie binti Muhamad Rusly Pegawai Tadbir N41
32 Majlis Daerah Hulu Selangor Encik Mohd Norazif bin Ahmad Tamsis Pengarah N44 33 Majlis Perbandaran Ampang Jaya Encik Muhammad Rasul Zaini bin Mahader Pegawai Tadbir N41
34 Majlis Perbandaran Selayang Encik Mohamad Faiz bin Omar Pegawai Tadbir N41
BIL JABATAN/ AGENSI DI NEGERI SELANGOR NAMA KETUA UNIT INTEGRITI
BADAN-BADAN BERKANUN NEGERI SELANGOR 35 Lembaga Urus Air Selangor Encik Mohd Tahir bin Ab Talib Pegawai Tadbir N41
36 Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor Puan Hajah S. Normalis binti Abd Samad Pegawai Integriti N44
37 Perbadanan Kemajuan Pertanian Negeri Selangor Puan Noraini binti Mohamad Ramlan Pengurus Sumber Manusia & Integriti N48 38 Perbadanan Perpustakaan Awam Selangor Puan Sabariah binti Sayuti Pustakawan S41 39 Lembaga Perumahan dan Hartanah Selangor Encik Abdul Hakim bin Wahid Juruaudit W41
40 Perbadanan Adat Melayu dan Warisan Negeri Selangor Datin Siti Khadijah binti Abd. Aziz Pegawai Tadbir N41 -
Apakah usaha Kerajaan dalam memperdaya unit-unit integriti supaya lebih berkesan dalam menangani penyelewangan?
Kerajaan Negeri juga sentiasa berusaha untuk memberdaya Unit-Unit Integriti di setiap Jabatan/Agensi untuk menangani penyelewengan dengan lebih berkesan melalui kaedah berikut, iaitu:
- Mewujudkan hubungan langsung dengan pihak Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Negeri Selangor serta Bahagian Pengurusan Integriti Agensi (BPIA) di Ibu Pejabat SPRM dalam mengambil langkah pencegahan serta penguatkuasaan terhadap jenayah salah laku rasuah, penyelewengan dan salah guna kuasa;
- Melaporkan dan memberi peringatan kepada Jabatan/Agensi terhadap tindakan yang perlu diambil berdasarkan teguran-teguran audit dan Laporan Ketua Audit Negara dalam Mesyuarat Jawatankuasa Integriti dan Tadbir Urus (JITU);
- Memantau laporan-laporan yang dikemukakan oleh Jabatan/Agensi bagi memastikan penjawat awam di setiap jabatan/agensi tidak terlibat dengan tata kelakuan yang boleh memberi ruang terhadap penyelewengan. Laporan-laporan tersebut adalah;
- Laporan Pengurusan Tatatertib Pegawai Awam;
- Laporan Kedudukan Pendapatan Bersih Yang Kurang Daripada 40% Emolumen Bulanan;
- Laporan Kad Perakam Waktu; dan
- Laporan Statistik Penjawat Awam.
-
Adakah rancangan Kerajaan untuk menggubal Whistleblower Act?
Akta Perlindungan Pemberi Maklumat 2010 (Akta 711) telah digubal di peringkat Persekutuan. Buat masa ini, Kerajaan Negeri tiada perancangan untuk menggubal suatu enakmen seumpamanya.