Mesyuarat Ketiga Penggal Kelima Dewan Negeri Selangor Tahun 2017

3 November 2017, 06 November hingga 10 November 2017 dan 13 November hingga 16 November 2017

17) SKIM PEDULI SISWA NEGERI SELANGOR

Tahun: 2017

Sesi: 3

Isu: Pendidikan

Adun: Y.B. Tuan Lau Weng San

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Sebanyak RM10 juta telah diperuntukkan untuk program Peduli Siswa. Berapa ramai permohonan yang telah diterima dan diluluskan sehingga sekarang?

    Permohonan bagi Program Khas Peduli Siswa tahun 2017 telah dibuka sebanyak dua sesi iaitu pada Februari dan Ogos. Sebanyak 3,682 permohonan telah diterima dan seramai 738 pelajar telah ditawarkan bagi kedua-dua sesi tersebut.

     

Lampiran

Tiada Lampiran.