Mesyuarat Ketiga Penggal Kelima Dewan Negeri Selangor Tahun 2017
3 November 2017, 06 November hingga 10 November 2017 dan 13 November hingga 16 November 2017
16) KELULUSAN HAKMILIK TANAH KEPADA MARA
Tahun: 2017
Sesi: 3
Isu: Tanah & Sumber Alam
Adun: Y.B. Tuan Lau Weng San
Kategori: Bertulis
Sub Soalan
-
Senaraikan tanah-tanah kerajaan yang telah diberi hakmilik kepada Majlis Amanah Rakyat serta anak-anak syarikatnya dengan maklumat tentang saiz, jenis hakmilik, tempoh pajakan, kategori kegunaan tanah serta premium yang dibayar untuk setiap hakmilik.
Untuk makluman Yang Berhormat, berdasarkan rekod hakmilik tanah yang diperolehi melalui Sistem Pendaftaran Tanah Berkomputer (SPTB) di Pejabat Tanah dan Galian Selangor (PTGS), disenaraikan tanah-tanah Majlis Amanah Rakyat (MARA) dan agensi berkaitan dengannya mengikut daerah, mukim, jenis hakmilik, nombor hakmilik, tempoh pajakan, kategori kegunaan tanah, keluasan, cukai, nama pemilik dan perihal pemilikan seperti di Lampiran A. Tanah-tanah tersebut bukan sahaja diperolehi secara pemberimilikan tetapi terdapat juga diperolehi secara pembelian melalui pindahmilik tanah.
Walau bagaimanapun, kadar bayaran premium tanah yang dibayar Majlis Amanah Rakyat (MARA) untuk hakmilik-hakmilik tanah tersebut tidak dapat dikenal pasti dan PTGS tiada rekod disebabkan fail-fail pemberimilikan tanah di bawah Seksyen 76 Kanun Tanah Negara telah lupus apabila mencapai tempoh 10 tahun. Pelupusan fail ini adalah mengikut garis panduan Pelupusan Rekod Tanah Negara di bawah Akta Arkib Negara 2003 (Akta 629). PTGS terpaksa melupuskan fail-fail tersebut kerana faktor kekangan ruang penyimpanan di PTGS. Hanya fail berusia 5 tahun atau kurang sahaja yang disimpan.