Mesyuarat Ketiga Penggal Kelima Dewan Negeri Selangor Tahun 2017
3 November 2017, 06 November hingga 10 November 2017 dan 13 November hingga 16 November 2017
10) KEJAYAAN ATLET SUKAN SEA 2017 NEGERI SELANGOR
Tahun: 2017
Sesi: 3
Isu: Generasi Muda & Sukan
Adun: Y.B. Tuan Ng Suee Lim
Kategori: Bertulis
Sub Soalan
-
Sila senaraikan kesemua atlet Sukan Sea yang memenangi pingat dan berasal dari Selangor
Seramai 85 orang atlet yang berasal dari Selangor. Selebihnya adalah bukan lahir di Selangor tetapi telah mengikuti program pembangunan sukan di Selangor di bawah persatuan sukan negeri. Berikut adalah senarai atlet-atlet Selangor yang telah menyertai dan memenangi pingat di Sukan Sea KL 2017 baru-baru ini:-
Bil Nama Sukan 1 Shalin Bt Zulkifili TENPIN BOWLING 2 Liew Kien Liang 3 Siti Safiyah Amirah Bt Abdul Rahman 4 Natasha Bt Mohamed Roslan 5 Amy Kwan Dict Weng GIMRAMA 6 Tee Wei Qi 7 Tee Wei Wen 8 Amira Sofiya Binti Amirul Fares 9 Farah Ann Bt Abdul Hadi GIMNASTIK ARTISTIK 10 Tan Fu Jie 11 Nur Azira Bt Aziri 12 Nur Eli Ellina Bt Azmi 13 Chau Jern Rong 14 Mohamad Hazim Syahmi Bin Shahrum LUNCUR AIS 15 Chew Kai Xiang 16 Khairil Ridhwan Bin Khalil 17 Wong De-Vin 18 Nor Marissa Alia Bt Ahmad Lokman 19 Farina Shawati Bt Mohd Adnan BERBASIKAL 20 Muhammad Fadhil Bin Mohd Zonis 21 Mohamad Shariz Efendi Bin Mohd Shahrin 22 Syakilla Salni Bt Jefry Krisnan KARATE-DO 23 Sharmendran A/L Raghonathan 24 Senthil Kumaran A/L Silvarajoo 25 Phee Jinq En AKUATIK (RENANG) 26 Chan Jie 27 Yeap Zheng Yang 28 Daniel Lim Jun Liang 29 Caroline Chan Zi Xin 30 Mandy Lim Jia Jia AKUATIK (RENANG BERIRAMA) 31 Chew Yiwei AKUATIK (TERJUN) 32 Tan Tsien Hann AKUATIK (POLO AIR) 33 Derek Micheal Duraisingam KRIKET 34 Muhammad Fitri Bin Mohd Sham 35 Sivanantha A/L Gobal Krishnan 36 Ainna Hamizah Bt Hashim 37 Winifred Anne Duraisingam 38 Chew Wei Yan TAEKWONDO 39 Farhan Bin Adam SEPAK TAKRAW 40 Nor Farhana Bt Ismail 41 Muhammad Haiqal Bin Damanhuri 42 Norshahruddin Bin Md Ghani 43 Ahmad Syukri Bin Abdul Aziz PELAYARAN 44 Mohamad Faizal Bin Norizan 45 Muhammad Farhan Bin Hamid 46 Norashikin Bt Mohamad Sayed 47 Nur Aishah Kovo Bt Mohd Yusri 48 Nurul Izzryn Bt Shamsul Ariffin 49 Emma Firyana Bt Saroji BOLING PADANG 50 Zuraini Bt Khalid 51 Nor Hashimah Bt Ismail 52 Mohammad Syamil Syazwan Bin Ramli 53 Ng Shi Yeng BOLA KERANJANG 54 Ooi Poh Yee 55 An Najwa Bt Azizan BOLA JARING 56 Karishma A/P S. Loganathan 57 Puah Pei San 58 Muhammad Faizul Bin M Nasir PENCAK SILAT 59 Fatin Shafikah Bt Mohd Sukri HOKI (WANITA) 60 Raja Norsharina Bt Raja Shabudin 61 Saiful Bahri Bin Musmin PETANQUE 62 Anis Amira Bt Basri 63 Praveen Nair Mathavan EQUESTRIAN 64 Muhammad Siddiq Amir Bin Jalil RAGBI 65 Woon Khe Wei BADMINTON 66 Soong Joo Ven 67 Muhammad Syahir Asyraf Md Nasir SKI AIR 68 Lee Hup Wei OLAHRAGA 69 Raja Nursheena Bt Raja Azhar 70 Muhammad Ziyad Bin Zolkefli 71 Joseph Lee Joon Kit MENEMBAK 72 Adam Nor Bin Azlin BOLA SEPAK 73 Muhammad Syahmi Bin Safari 74 Mohd Khairul Effendy Bin Mohd Bahrin FUTSAL 75 Aiman Zul Rafiq Bin Mohd Fadzul HOKI AIS 76 Khoo Seng Chee 77 Low Jun Ming 78 Mohammad Hariz Bin Mohammad Oryza Ananda 79 Muhammad Syukri Bin Shaharudin 80 Muhammad Taufiq Bin Azman 81 Yap Eu Jin 82 Lee Rou You 83 Leong Chee Feng 84 Koh I – Jie LAWAN PEDANG 85 Ellya Syahirah Bt Ellias HOKI DEWAN -
Sila nyatakan apakah insentif yang diberikan oleh Kerajaan Negeri Selangor kepada pemenang- pemenang pingat?
Insentif yang telah diberikan adalah berupa wang tunai dan berikut adalah pecahan bagi setiap pemenang pingat:-
Pingat Jumlah Emas RM5,000.00 seorang Perak RM3,000.00 seorang Gangsa RM2,000.00 seorang Jumlah keseluruhan perbelanjaan insentif kepada semua pemenang pingat ini adalah sebanyak RM540,000.00.
-
Apakah perancangan jangka panjang bagi melahirkan lebih ramai atlet cemerlang dari Negeri Selangor?
Kerajaan Negeri Selangor melalui Majlis Sukan Negeri Selangor telah membuat perancangan dengan merangka model baru pembangunan sukan bermula 2016-2020 iaitu untuk tempoh lima (5) tahun. Buat masa ini, model baru ini adalah yang bersesuaian dengan keadaan dan status terkini dalam bidang sukan yang dilihat semakin kompetitif.
Pendekatan baru dalam model berteraskan kepada konsep 2i iaitu integrate dan incorporate. Konsep ini adalah lebih memfokuskan pembangunan sukan untuk semua peringkat bermula dari akar umbi dan juga ianya melibatkan agensi-agensi yang menjalankan program pembangunan sukan secara langsung mahupun tidak langsung di Selangor ini. Ia melibatkan pengaktifan Majlis Sukan Daerah yang akan menjadi nadi pelaksanaan program-program pembangunan sukan di seluruh negeri Selangor.
Dengan pelancaran model baru ini, adalah diharapkan supaya lebih ramai lagi atlet Selangor yang cemerlang bukan sahaja di peringkat kebangsaan, malah cemerlang di peringkat antarabangsa.