Mesyuarat Ketiga Penggal Kelima Dewan Negeri Selangor Tahun 2017
3 November 2017, 06 November hingga 10 November 2017 dan 13 November hingga 16 November 2017
8) JALAN BENDANG DI SEKINCHAN
Tahun: 2017
Sesi: 3
Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam
Adun: Y.B. Tuan Ng Suee Lim
Kategori: Bertulis
Sub Soalan
-
Sila senaraikan butiran jalan-jalan bendang yang dinaiktaraf sepanjang tahun 2017
Untuk makluman, jalan-jalan ladang di kawasan sawah Sekinchan dinaiktaraf dan diselenggara oleh Projek Barat Laut (IADA). Kerjasama ini telah dibincangkan dan dipersetujui bersama semasa di dalam Mesyuarat Penyelarasan Projek Infrastruktur antara JPS Daerah Kuala Selangor dan JPS Sabak Bernam dengan Projek Barat Laut (IADA) pada Januari 2015 dan keputusan tersebut berkuatkuasa sehingga kini.
-
Kenapa masih terdapat banyak aduan daripada pesawah yang mendakwa bahawa jalan-jalan bendang lambat dibaikpulih ?
Sama seperti di SUB(a)
-
Berapakah peruntukan yang diluluskan tahun 2017 untuk menambahbaik jalanjalan bendang di Sekinchan?
Sama seperti di SUB(a)