Mesyuarat Ketiga Penggal Kelima Dewan Negeri Selangor Tahun 2017

3 November 2017, 06 November hingga 10 November 2017 dan 13 November hingga 16 November 2017

3) KUMPULAN SEMESTA S/B (KSSB)

Tahun: 2017

Sesi: 3

Isu: Kewangan & Ekonomi

Adun: Y.B. Tuan Ng Suee Lim

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Sila nyatakan secara terperinci kedudukan kewangan KSSB.

    Kedudukan kewangan beraudit KSSB:-

    Tahun Pendapatan (RM’Juta) Keuntungan Kasar

    (RM’Juta)

    Keuntungan Operasi*

    (RM’Juta)

    2016 82.8 13.8 4.5
  2. Sila nyatakan berapakah jumlah CSR yang disalurkan sepanjang tahun 2016 dan 2017?

    Jumlah CSR yang disalurkan sepanjang tahun 2016 dan 2017:-

    1. Tahun 2016 2017 (sehingga Sept)
      Jumlah CSR 654.2 ribu 256.9 ribu

     

  3. Sila senaraikan nama Ahli Lembaga Pengarah dan semua kemudahan serta elaun yang diterima tahun 2016 dan 2017.

    Senarai Ahli Lembaga Pengarah:-

    Bil Nama Ahli Lembaga Pengarah
    1. YB Dato’ Noordin bin Sulaiman
    2. YB Tuan Mohd Khairuddin bin Othman
    3. YBerusaha Tuan Cheong Seng Gee
    4. YBhg Dato’ Ahmad bin Omar
    5. YBhg Dato’ Azmie bin Diron
    6. YM Raja Shahreen bin Raja Othman
    7. YBerusaha Tuan Soffan Affendi bin Aminuddin

    Merujuk kepada Sidang Dewan yang terdahulu, maklumat berkenaan penggajian dan emolumen tidak boleh didedahkan kerana menyentuh kerahsiaan individu. Ianya adalah tertakluk kepada Akta Perlindungan Data Peribadi 2010 (Akta 709).

     Walau bagaimanapun, Y.B. Ahli Dewan Negeri Selangor boleh memohon terus secara bertulis kepada Y.A.B. Dato’ Menteri Besar Selangor atau kepada Setiausaha Dewan sekiranya memerlukan maklumat yang berkenaan. Jawapan hanya akan diberikan kepada Y.B Ahli Dewan yang bertanya sahaja dan harus diingatkan bahawa penerima maklumat mestilah bertanggungjawab ke atas maklumat tersebut sepertimana yang diperuntukkan di bawah Akta 709.

Lampiran

Tiada Lampiran.