Mesyuarat Ketiga Penggal Kelima Dewan Negeri Selangor Tahun 2017

3 November 2017, 06 November hingga 10 November 2017 dan 13 November hingga 16 November 2017

309) PROGRAM PERKAHWINAN BELIA

Tahun: 2017

Sesi: 3

Isu: Generasi Muda & Sukan

Adun: Y.B. Puan Rodziah Binti Ismail

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Memandangkan pasangan muda terbeban dengan kos perkahwinan. Apakah Kerajaan Negeri Selangor bercadang untuk menambah sumbangan Hadiah perkahwinan sedia ada?

    Kerajaan Negeri telah melaksanakan Program Insentif Perkahwinan Belia di bawah Program Insentif Peduli Rakyat (IPR) yang bertujuan untuk menjadikan program ini selari dengan matlamat Pembangunan Berkualiti Rakyat Dipeduli. Seterusnya, program ini juga merupakan satu inisiatif Kerajaan Negeri dalam mensejahterakan rumah tangga dan keluarga di Negeri Selangor di samping sebagai insentif kepada golongan belia di Negeri Selangor yang baru mendirikan rumah

    Walau bagaimanapun, Kerajaan Negeri masih mengekalkan kadar insentif yang diberikan kerana Kerajaan Negeri baru menaikkan kadar insentif perkahwinan ini daripada RM200.00 seorang kepada RM500.00 seorang pada tahun 2014.

  2. Bagi memastikan perlaksanaan perkahwinan tercapai, apakah Kerajaan Negeri Selangor mempertimbangkan utk program perkahwinan belia beramai-ramai di setiap DUN, 3 kali setahun dengan kos yang minima?

    Kerajaan Negeri sentiasa menggalakkan perkahwinan di Negeri Selangor dalam usaha untuk mensejahterakan rumah tangga dan keluarga di Negeri Selangor. Justeru itu, Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) telah melaksanakan Program Perkahwinan Perdana di sembilan (9) daerah di Negeri Selangor bersekali dengan Program Karnival Kampungku Kesayanganku (3K) yang telah dilaksanakan bermula tahun 2016 yang mana ianya boleh disertai oleh semua rakyat Selangor yang berkahwin pada kali

Lampiran

Tiada Lampiran.