Mesyuarat Ketiga Penggal Kelima Dewan Negeri Selangor Tahun 2017

3 November 2017, 06 November hingga 10 November 2017 dan 13 November hingga 16 November 2017

304) PEMBANGUNAN PROJEK KERAJAAN PERSEKUTUAN DI DALAM NEGERI SELANGOR

Tahun: 2017

Sesi: 3

Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam

Adun: Y.B. Puan Tiew Way Keng

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Apakah garis paduan Kerajaan Selangor merujuk sebelum meluluskan pembangunan projek Kerajaan Persekutuan yang melibatkan tanah Kerajaan Selangor?

    Dari sudut perancangan, pembangunan projek Kerajaan Persekutuan yang melibatkan tanah Kerajaan Selangor secara prinsipnya akan melalui proses Rundingan Projek Kerajaan melalui Jawatankuasa Teknikal – Jawatankuasa Perancang Negeri Selangor (JKT-JPNS) .Ketetapan ini adalah selaras dengan peruntukan Seksyen 20A Akta Perancangan Bandar & Desa (Akta 172) 1976 dan keputusan Mesyuarat Jawatankuasa Perancang Negeri Selangor Bil 5/2009 bertarikh 30 Oktober 2009 serta Pekeliling KSU Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan bertarikh 14 Oktober

    Projek – projek Kerajaan Persekutuan seperti masjid, sekolah dan juga premis – premis kerajaan ini akan dibawa ke Mesyuarat Jawatankuasa Teknikal-Jawatan kuasa Perancang Negeri Selangor (JKT- JPNS) yang dipengerusikan bersama oleh Pengarah PLANMalaysia@Selangor dan Pengarah Unit Perancang Ekonomi Negeri (UPEN) Selangor manakala PLANMalaysia@Selangor  sebagai urus setia.

  2. Siapakah yang menjadi pemantau Projek-projek Kerajaan Persekutuan di Selangor?

    JPBD

     

    Projek-Projek Kerajaan Persekutuan di Selangor adalah dipantau oleh Pejabat Pembangunan Persekutuan Negeri Selangor (ICU JPM) Jabatan Perdana Menteri.

    AGIHAN (UPEN)

    Pemantau bagi projek-projek Kerajaan Persekutuan di Selangor adalah agensi yang terlibat dalam pelaksanaan dan pengendalian projek tersebut. Contonya

    bagi Projek Loji Rawatan Air Langat 2 dikendalikan dan dipantau oleh Kementerian Tenaga, Teknologi Hijau dan Air.

Lampiran

Tiada Lampiran.