Mesyuarat Ketiga Penggal Kelima Dewan Negeri Selangor Tahun 2017
3 November 2017, 06 November hingga 10 November 2017 dan 13 November hingga 16 November 2017
303) PROJEK PELUASAN CULVERT-CULVERT DI LORONG CHINNIAH DAN JALAN RAJA LUMU DI PERSIMPANGAN LEBUH PENDAMAR OLEH MAJLIS PERBANDARAN KLANG (MPK)
Tahun: 2017
Sesi: 3
Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam
Adun: Y.B. Tuan Tan Pok Shyong
Kategori: Mulut
Sub Soalan
-
Sama ada UPEN telah memberi kelulusan kepada perbelanjaan 2 projek tersebut?
Pihak UPEN telah memberi kelulusan untuk satu projek iaitu kerja-kerja menaik taraf pembentung ke kotak di Jalan Raja Lumu Pandamaran, Klang Selatan.
-
Sila memberi butir-butir dan anggaran kos terkini bagi 2 projek tersebut
Anggaran kos projek di Jalan Raja Lumu adalah RM219,100.00. Kerja-kerja melibatkan pelebaran pembentung ke kotak di Jalan Raja Lumu. -
Bila kerja akan dapat dimulakan di tapak?
Tarikh mula kerja adalah pada 9 Oktober 2017 dan tarikh tamat kerja adalah pada 22 April 2018.