Mesyuarat Ketiga Penggal Kelima Dewan Negeri Selangor Tahun 2017

3 November 2017, 06 November hingga 10 November 2017 dan 13 November hingga 16 November 2017

300) PERATURAN MINUM ARAK DI TEMPAT AWAM SEPERTI DI PADANG AWAM

Tahun: 2017

Sesi: 3

Isu: Kerajaan Tempatan

Adun: Y.B. Puan Noor Hanim Binti Ismail

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Apakah tindakan kerajaan terhadap cadangan ADUN Seri Andalas di dalam sidang dewan ini pada Julai 2013, iaitu membuat peraturan minum arak di tempat awam seperti di padang awam?

    Pada masa ini, tiada peraturan yang khusus bagi mengawal orang awam yang minum arak di tempat awam seperti di padang awam. Namun, tindakan yang diambil oleh PBT bagi mengawal kegiatan minum arak adalah dengan menyediakan satu garis panduan penjualan minuman keras bagi digunapakai oleh PBT kepada peniaga minuman keras yang meliputi perkara-perkara berikut:-

    • Mensyaratkan peniaga meletakkan papan tanda larangan menjual minuman keras bagi orang yang berumur 18 tahun ke bawah;

     

    • Menetapkan jarak lokasi premis perniagaan minuman keras daripada rumah ibadat (masjid, surau, kuil, tokong), pejabat kerajaan, sekolah, hospital dan kawasan perumahan;

     

    • Mensyaratkan waktu operasi penjualan minuman keras mengikut waktu yang dibenarkan contohnya sehingga jam 12.00 malam; dan

     

    • Mensyaratkan peniaga untuk memastikan pelanggan tidak minum minuman keras di hadapan premis dan tempat

    Walau bagaimanapun, sekiranya terdapat aduan awam kepada  PBT, tindakan yang boleh diambil adalah di bawah Seksyen 82(1), Akta Kerajaan Tempatan 1976 (Akta 171) iaitu kacauganggu awam. Selain itu, pihak polis boleh mengambil tindakan berdasarkan aduan awam sekiranya mereka membuat kacauganggu di kawasan awam. Bagi orang Islam pula, Enakmen Jenayah Syariah (Negeri Selangor) 1995 ada memperuntukkan undang- undang di bawah Seksyen 18 (1) dan (2) terhadap orang islam yang didapati bersalah terlibat dengan arak.

Lampiran

Tiada Lampiran.