Mesyuarat Ketiga Penggal Kelima Dewan Negeri Selangor Tahun 2017

3 November 2017, 06 November hingga 10 November 2017 dan 13 November hingga 16 November 2017

299) NON REVENUE WATER (NRW)

Tahun: 2017

Sesi: 3

Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam

Adun: Y.B. Tuan Lau Weng San

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Sebanyak RM100juta telah diperuntukkan untuk pemasangan paip baru dan RM324juta untuk mengatasi masalah tekanan air di 84 hotspot. Apakah status perlaksanaannya yang terkini?

    Jumlah peruntukkan untuk penggantian paip lama dan pemasangan paip baru sebenarnya adalah berjumlah RM 374 juta bagi tahun 2016 – 2019. Manakala RM100 juta adalah peruntukan pinjaman dan geran dari Kerajaan Negeri bagi tahun

    Status perlaksanaan masalah tekanan air di 84 hotspot adalah berkenaan lokasi paip-paip air yang kerap pecah/bocor yang perlu diganti dengan paip baru.

    • 23 projek hotspots sedang berjalan semenjak tahun 2016 dan dijangka siap pada suku tahun pertama

     

    • Bagi tahun 2017, sehingga bulan September, 2017, 24 projek hotspots baru telah dianugerahkan kepada kontraktor yang berjaya sementara 10 projek hotspots lagi sedang dalam peringkat penganugerahan dan dijangkakan akan ditawarkan kepada kontraktor yang berjaya pada tahun ini juga. Kesemua 34 projek hotspots ini dijangkakan akan siap pada penghujung tahun

     

    • Baki 27 hotspots lagi akan dilaksanakan pada tahun 2018 tertakluk kepada baki pinjaman sebanyak RM93.70 juta dikeluarkan lebih awal oleh Kerajaan Negeri pada tahun 2018 dan bukannya pada tahun 2019 seperti yang dijadualkan sebelum ini.

Lampiran

Tiada Lampiran.