Mesyuarat Ketiga Penggal Kelima Dewan Negeri Selangor Tahun 2017

3 November 2017, 06 November hingga 10 November 2017 dan 13 November hingga 16 November 2017

298) ISU PERLUMBAAN BASIKAL LAJAK DI SELANGOR

Tahun: 2017

Sesi: 3

Isu: Pentadbiran

Adun: Y.B. Tuan Loh Chee Heng

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Apakah langkah pencegahan yang dilakukan oleh Kerajaan Negeri untuk membanteras gejala sosial ini?

    Kerajaan Negeri memandang serius terhadap masalah gejala sosial dan masalah perlumbaan basikal lajak yang berlaku terutamanya melibatkan remaja. Antara langkah dan cadangan pencegahan yang telah dan akan di ambil ialah seperti :

     

    • Mengadakan Kempen kesedaran yang memberi penjelasan mengenai impak buruk lumba basikal lajak. Dalam masa yang sama kempen ini turut menjelaskan tindakan undang-undang yang akan dikenakan terhadap remaja yang didapati bersalah terbabit dalam kegiatan lumba basikal lajak. Kempen ini mudah dilaksanakan namun dapat memberi impak yang efektif berupaya menghalang gejala sosial ini daripada menular dalam jiwa remaja jika dilaksanakan dengan baik;

     

    • Kerjasama pihak kerajaan dan PDRM dengan mengadakan lebih banyak sekatan jalan raya di kawasan-kawasan berisiko berlakunya perlumbaan basikal lajak ini. Tindakan pihak PDRM yang lebih proaktif menyebabkan remaja berfikir dua kali sebelum terlibat dalam tindakan negatif ini kerana menyedari tindakan mereka sudah dihidu oleh pihak berkuasa. Pihak polis juga perlu membuat pengumuman awal tentang hasrat mereka mengadakan sekatan jalan raya untuk memberi amaran awal kepada remaja supaya tidak terjebak dalam lumba basikal lajak ini;

     

    • Cadangan kajian semula undang-undang jalan raya dengan memberi fokus kepada undang-undang terhadap perlumbaan basikal lajak perlu dibuat supaya akan memberi kesedaran kepada golongan berbasikal lajak

     

    supaya tidak mendatangkan bahaya kepada diri sendiri dan orang lain; dan

     

    • Program kesedaran kepada ibu bapa perlu dilaksanakan supaya ibu bapa sentiasa mengawasi dan memantau pergerakan anak-anak bagi memastikan mereka tidak terlibat dalam kegiatan lumba basikal lajak dan perkara yang menyalahi undang-undang.

Lampiran

Tiada Lampiran.