Mesyuarat Ketiga Penggal Kelima Dewan Negeri Selangor Tahun 2017

3 November 2017, 06 November hingga 10 November 2017 dan 13 November hingga 16 November 2017

297) IKRAR BEBAS RASUAH

Tahun: 2017

Sesi: 3

Isu: Pentadbiran

Adun: Y.B. Tuan Haji Saari Bin Sungib

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Apakah pendirian kerajaan terhadap Ikrar Bebas Rasuah Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia?

    Kerajaan Negeri Selangor merupakan negeri yang paling awal menyatakan kesediaan untuk mendukung Ikrar Bebas Rasuah (IBR). Perkara ini telah dimaklumkan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Negeri Selangor sewaktu Pengarah SPRM Negeri Selangor membuat kunjungan hormat kepada YAB Dato’ Menteri Besar Selangor. Kerajaan Negeri juga tuntas mendukung segala usaha untuk membanteras amalan rasuah di pelbagai peringkat termasuk usaha-usaha yang dilaksanakan oleh SPRM. Namun begitu, Kerajaan Negeri bersama-sama pihak SPRM Negeri Selangor telah mengadakan beberapa siri perbincangan untuk menambah baik dan memuktamadkan kandungan IBR.

Lampiran

Tiada Lampiran.