Mesyuarat Ketiga Penggal Kelima Dewan Negeri Selangor Tahun 2017

3 November 2017, 06 November hingga 10 November 2017 dan 13 November hingga 16 November 2017

294) KERJA-KERJA PEMBANGUNAN TANAH-TANAH PERSENDIRIAN

Tahun: 2017

Sesi: 3

Isu: Tanah & Sumber Alam

Adun: Y.B. Tuan Razaly Bin Hassan

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Nyatakan sejauh manakah Kerajaan Negeri dapat mengatasi kerakusan pengusaha-pengusaha hartanah persendirian yang tidak mempedulikan keperluan perancangan mengakibatkan banjir lumpur, longkang tersumbat dan aduan kerosakan harta benda?

    Kerajaan Negeri mengambil tindakan penguatkuasaan kepada pengusaha- pengusaha hartanah melalui Akta Perancangan Bandar dan Desa 1976 (Akta

    172) dan Kaedah-kaedah Pengawalan Perancangan (Am) (Selangor) 2001 berdasarkan kepada kesalahan berikut :

     

    1)                  Penguatkuasaan di bawah Seksyen 26

    Melibatkan kesalahan melanggar seksyen 18 (berlanggaran dengan Rancangan Tempatan), 19 (menjalankan pemajuan tanpa kebenaran merancang) atau 20 (menjalankan pemajuan yang berlawanan dengan kebenaran merancang).

     

    Seksyen 26 (1), Akta Perancangan Bandar dan Desa 1976 dan sekiranya disabitkan kesalahan boleh didenda tidak lebih daripada Ringgit Malaysia lima ratus ribu (RM500,000.00) atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi 2 tahun atau kedua-duanya dan berkenaan dengan suatu kesalahan yang berterusan, didenda selanjutnya sehingga lima ribu ringgit bagi setiap hari kesalahan itu berterusan selepas sabitan yang pertama bagi kesalahan itu.

     

    2)                  Penguatkuasaan di bawah Seksyen 27

    Melibatkan kesalahan melanggar seksyen 19 iaitu menjalankan pemajuan tanpa kebenaran merancang

     

    Seksyen 27 (9), Akta Perancangan Bandar dan Desa 1976 dan sekiranya disabitkan kesalahan boleh didenda tidak lebih daripada Ringgit Malaysia satu ratus ribu (RM100,000.00) atau dipenjarakan

     

    selama tempoh tidak melebihi enam bulan atau kedua-duanya dan denda tambahan sehingga Ringgit Malaysia lima ribu bagi tiap-tiap hari kehendak-kehendak itu tidak dipatuhi selepas sabitan yang pertama bagi kesalahan itu.

     

    3)                  Penguatkuasaan di bawah Seksyen 28

    Melibatkan kesalahan melanggar seksyen 20 iaitu menjalankan pemajuan yang berlawanan dengan kebenaran merancang

     

    Seksyen 28 (9), Akta Perancangan Bandar dan Desa 1976 dan sekiranya disabitkan kesalahan boleh didenda tidak lebih daripada Ringgit Malaysia satu ratus ribu (RM100,000.00) atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi enam bulan atau kedua-duanya dan denda tambahan sehingga Ringgit Malaysia lima ribu bagi tiap-tiap hari kehendak-kehendak itu tidak dipatuhi selepas sabitan yang pertama bagi kesalahan itu.

     

    4)                  Penguatkuasaan di bawah Seksyen 29

    Melibatkan kesalahan melanggar seksyen 25 iaitu tidak mematuhi kebenaran merancang atau pelan bangunan yang diubah suai.

    Seksyen 29 (4), Akta Perancangan Bandar dan Desa 1976 dan sekiranya disabitkan kesalahan boleh didenda tidak lebih daripada Ringgit Malaysia satu ratus ribu (RM100,000.00) atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi enam bulan atau kedua-duanya dan denda tambahan sehingga Ringgit Malaysia lima ribu bagi tiap-tiap hari kehendak-kehendak itu tidak dipatuhi selepas sabitan yang pertama bagi kesalahan itu.

  2. Nyatakan langkah-langkan baru yang akan dilaksanakan dan apakah kekangan-kekangan yang dihadapi?

Lampiran

Tiada Lampiran.