Mesyuarat Ketiga Penggal Kelima Dewan Negeri Selangor Tahun 2017

3 November 2017, 06 November hingga 10 November 2017 dan 13 November hingga 16 November 2017

292) EARLY CHILDHOOD CARE AND EDUCATION (ECCE)

Tahun: 2017

Sesi: 3

Isu: Pendidikan

Adun: Y.B. Puan Yeo Bee Yin

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Berapakah antara semua bangunan Kerajaan Negeri yang dilengkapi oleh pusat penjagaan kanak-kanak atau tadika?

    Jumlah bangunan Kerajaan Negeri yang mempunyai pusat penjagaan kanak- kanak berjumlah 14 buah taska. Senarai premis Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) dan Agensi Kerajaan Negeri Selangor yang mempunyai pusat jagaan kanak-kanak seperti yang berikut :

    1. Bangunan SUK Negeri Selangor;
    2. Majlis Perbandaran Petaling Jaya (MBPJ);
    • Majlis Perbandaran Klang (MPK);
    • Majlis Perbandaran Subang Jaya (MPSJ);
    • Majlis Perbandaran Kajang (MPKj);
    • Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA);
    • Majlis Perbandaran Ampang Jaya (MPAJ);
    • Majlis Perbandaran Selayang (MPS);
    • Majlis Perbandaran Kajang (MPKj);
    • Majlis Daerah Hulu Selangor (MDHS);
    • Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS);
    • Perbadanan Kemajuan Pertanian Negeri Selangor (PKPS).

     

  2. Apakah usaha kerajaan dari segi polisi dan tindakan dalam membangunkan Early Childhood Care and Education (ECCE) di Selangor?

    Kerajaan Negeri secara khusus masih belum mempunyai sebarang polisi berkaitan dengan Early Childhood Care and Education (ECCE) di Selangor. Namun begitu, Kerajaan Negeri sentiasa bekerjasama dalam aspek program pembangunan pendidikan awal iaitu :

    • Program seminar keibubapaan;
    • Seminar pemantapan kemahiran pengajaran dan pembelajaran;
    • Program bantuan Skim Tunas; dan
    • Hari tadika Negeri

Lampiran

Tiada Lampiran.