Mesyuarat Ketiga Penggal Kelima Dewan Negeri Selangor Tahun 2017
3 November 2017, 06 November hingga 10 November 2017 dan 13 November hingga 16 November 2017
287) BENTERAS DADAH
Tahun: 2017
Sesi: 3
Isu: Pentadbiran
Adun: Y.B. Puan Rodziah Binti Ismail
Kategori: Mulut
Sub Soalan
-
Apakah cabaran-cabaran yang dihadapi oleh Kerajaan Negeri Selangor dalam usaha pencegahan dan penyalahgunaan dadah di Selangor selaras dengan Negara Bebas Dadah 2015?
Cabaran-cabaran yang dihadapi oleh Kerajaan Negeri Selangor dalam usaha pencegahan dan penyalahgunaan dadah di Selangor selaras dengan sasaran Negara Bebas Dadah 2015 seperti berikut :
- Faktor diri sendiri, keluarga dan masyarakat yang membuatkan peningkatan kes berulang secara mendadak sebanyak 82.68% daripada 1905 kes tahun 2015 kepada 3480 kes tahun 2016. Kes-kes berulang disebabkan oleh penerimaan negatif keluarga dan masyakat terhadap bekas penagih serta kesukaran mereka mendapatkan pekerjaan merupakan faktor kembali berulang kes penagihan
- Kemunculan jenis dadah baharu yang menyumbang peningkatan penyeludupan, pengedaran dan penyalahgunaan dadah di kalangan belia. Dadah era baru seperti pil sintetik, vape perasa ketum, dadah berbentuk gula- gula yang menyebabkan ianya sukar dikesan oleh pihak
- Faktor geografi di mana kedudukan negara kita yang berhampiran dengan kawasan pengeluaran dadah “Segi Tiga Emas” serta faktor kawasan pengairan yang panjang dan sukar dikawal. Selain itu, terdapat banyak laluan tikus di sempadan Malaysia-Thailand menyukarkan operasi membanteras jenayah merentasi sempadan yang turut terkesan kepada Negeri Selangor sebagai negeri termaju di Malaysia dengan aktiviti pengedaran dan penyalahgunaan
- Pihak berkuasa kekurangan tenaga operasi dalam melakukan serbuan secara berterusan. Selain itu kebocoran maklumat operasi juga menjadi kekangan kepada pihak berkuasa untuk membanteras gejala
-
Apakah peranan yang dimainkan oleh PEMADAM Selangor untuk isu di atas?
- Peranan yang dimainkan oleh PEMADAM Selangor bagi isu di atas adalah seperti berikut :
- Mendidik orang ramai mengenai bahaya penggunaan dadah melalui program pendidikan pencegahan dan penerangan, melalui seminar, ceramah dan
- Mengumpul dan menyampaikan pendapat-pendapat pakar mengenai penggunaan dadah dan menganjurkan Seminar, Majlis Dialog, Forum dan kursus-kursus.
- Bekerjasama dengan jabatan-jabatan Kerajaan yang berkaitan dan lain-lain pertubuhan sukarela atau NGO dalam usaha mencegah dan menghapuskan penggunaan dadah.
-
Berapa peruntukan kepada PEMADAM bagi memperkasakan institusi ini?
PEMADAM Selangor ada menerima geran peruntukan daripada Kerajaan Negeri dari tahun 2006 hingga tahun 2015 seperti berikut :
Bil Tahun Jumlah Peruntukan (RM) 1 2006 150,000.00 2 2007 150,000.00 3 2008 200,000.00 4 2009 150,000.00 5 2010 150,000.00 6 2011 150,000.00 7 2012 150,000.00 8 2013 150,000.00 9 2014 100,000.00 10 2015 100,000.00 walau bagaimanapun keputusan Mesyuarat Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (MMKN) Ke 21/2015 pada 1 Julai 2015 yang disahkan oleh MMKN Ke 22/2015 pada 8 Julai 2015 telah memutuskan tiada saluran geran peruntukan kepada semua NGO di Negeri Selangor mulai tahun 2016 termasuklah PEMADAM Selangor.