Mesyuarat Ketiga Penggal Kelima Dewan Negeri Selangor Tahun 2017

3 November 2017, 06 November hingga 10 November 2017 dan 13 November hingga 16 November 2017

285) IKRAR BEBAS RASUAH (IBR)

Tahun: 2017

Sesi: 3

Isu: Pentadbiran

Adun: Y.B. Datuk Mat Nadzari Bin Ahmad Dahlan

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Apakah sebab Kerajaan Negeri masih gagal menandatangani IBR?

    Kerajaan Negeri Selangor merupakan negeri yang paling awal menyatakan kesediaan untuk mendukung Ikrar Bebas Rasuah (IBR). Perkara ini telah dimaklumkan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Negeri Selangor sewaktu Pengarah SPRM Negeri Selangor membuat kunjungan hormat kepada YAB Dato’ Menteri Besar Selangor. Kerajaan Negeri juga tuntas mendukung segala usaha untuk membanteras amalan rasuah di pelbagai peringkat termasuk usaha-usaha yang dilaksanakan oleh SPRM. Namun begitu, Kerajaan Negeri bersama-sama pihak SPRM Negeri Selangor telah mengadakan beberapa siri perbincangan untuk menambah baik dan memuktamadkan kandungan

  2. Apakah kerajaan negeri ada mekanisme lain yang lebih baik daripada IBR?

    Pentadbiran Kerajaan Negeri Selangor telah melaksanakan beberapa mekanisme untuk memastikan semua EXCO dan penjawat awam bebas dari rasuah dengan:

    • Mengisi Borang Pengisytiharan Kepentingan setiap kali Mesyuarat Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (MMKN) diadakan;

     

    • Merakamkan pengisytiharan kepentingan di dalam minit Mesyuarat MMKN bagi kertas-kertas yang melibatkan Ahli MMKN;

     

    • Menandatangani Ikrar Integriti Korporat (Corporate Integrity Pledge) oleh Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri, Jabatan, Pihak Berkuasa Tempatan, Pejabat Daerah/Tanah dan Badan Berkanun

     

    Kerajaan Negeri juga sentiasa berusaha untuk memastikan tadbir urus organisasi dan penginstitusian integriti dilaksanakan secara efisien dalam membendung sebarang bentuk salah laku di kalangan penjawat awam terutamanya yang melibatkan rasuah, penyelewengan dan salah guna kuasa.

    Dalam mencapai hasrat ini, antara dasar dan inisiatif yang diambil oleh Kerajaan Negeri melalui Unit Integriti Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri, termasuklah:

     

    • Mewujudkan hubungan langsung dengan pihak SPRM Negeri Selangor serta pihak Bahagian Pengurusan Integriti Agensi (BPIA) di Ibu Pejabat SPRM dalam mengambil langkah pencegahan serta penguatkuasaan terhadap jenayah salah laku rasuah, penyelewengan dan salah guna kuasa;

     

    • Mewujudkan hubungan langsung dengan Unit Integriti di setiap jabatan/agensi dalam memberikan penerangan berkenaan integriti dan dalam masa yang sama membendung salah laku jenayah serta pelanggaran tata kelakuan dan etika organisasi di kalangan kakitangan masing-masing;

     

    • Mengadakan kursus, seminar, bengkel dan taklimat berhubung tata kelakuan dan salah laku rasuah;

     

    • Mengedarkan risalah-risalah berkaitan tata kelakuan dan salah laku rasuah;

     

    • Memberikan komitmen akan turut serta menjayakan Ikrar Bebas Rasuah (IBR) dan mewujudkan inisiatif-inisiatif dalam membendung gejala rasuah; dan

     

    • Menyediakan saluran aduan integriti yang melibatkan penjawat awam melalui emel, talian telefon, faks, surat dan walk-in di Unit-unit Integriti yang ditubuhkan bagi memudahkan penyaluran aduan integriti sama ada dari kalangan kakitangan mahu pun orang

Lampiran

Tiada Lampiran.