Mesyuarat Ketiga Penggal Kelima Dewan Negeri Selangor Tahun 2017

3 November 2017, 06 November hingga 10 November 2017 dan 13 November hingga 16 November 2017

280) KOLAM RENANG DI KOMPLEKS SUKAN PANDARAMAN

Tahun: 2017

Sesi: 3

Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam

Adun: Y.B. Tuan Tan Pok Shyong

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Apakah status kerja memperbaiki kolam renang di Kompleks Sukan Pandamaran?

    Kerja-kerja pembaikan Kolam Renang Kompleks Sukan Pandamaran melibatkan kerja-kerja sivil dan mekanikal telah disiapkan sepenuhnya pada 25 Oktober 2017.
  2. Kerja-kerja dijangka siap pada bulan September 2017 tetapi masih belum siap sehingga kini. Apakah sebab?

    Kerja sivil telah siap pada 25/08/2017 manakala kerja-kerja mekanikal dikendalikan oleh pihak JKR siap pada 19/10/2017 dan telah diserahkan kepada Majlis pada 25 Oktober 2017.

    Kerja-kerja telah disiapkan pada Oktober 2017 berbanding dengan tarikh perancangan awal bulan September 2017 kerana mengambil kira:-

    • Proses reka bentuk, pengiklanan dibantu oleh pihak

    Masa yang munasabah untuk melaksanakan kerja tersebut.

  3. Bila kerja-kerja akan disempurnakan dan kolam dapat dibuka semula kepada orang awam?

    c) Majlis akan membuat serahan kepada pihak MSN pada bulan November 2017. Pihak MSN akan mengendalikan urusan termasuk pembukaan kepada orang awam selepas itu.

     

Lampiran

Tiada Lampiran.