Mesyuarat Ketiga Penggal Kelima Dewan Negeri Selangor Tahun 2017
3 November 2017, 06 November hingga 10 November 2017 dan 13 November hingga 16 November 2017
276) PENYELENGGARAAN SALIRAN
Tahun: 2017
Sesi: 3
Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam
Adun: Y.B. Datuk Haji Johan Bin Abdul Aziz
Kategori: Mulut
Sub Soalan
-
Berapa kerapkah penyelenggaraan Sungai Semenyih, Sungai Sompo dan sungaisungai lain dilakukan sepanjang tahun 2016 dan 2017 dan apakah kaedah untuk mengurangkan masalah banjir kilat?
Kekerapan penyelenggaraan Sungai Semenyih, Sungai Sompo dan sungai-sungai lain dilakukan sepanjang tahun 2016 dan 2017 adalah seperti berikut:
- Pada tahun 2016, kerja berkala penyelenggaraan bagi rizab parit utama Sungai Semenyih, rizab Sungai Semenyih dan sungai Purun serta Sungai Sompo dan Sungai Beranang telah dibuat yang melibatkan kos sebanyak RM 186,136.42. Manakala bagi tahun 2017 pula, kerja berkala penyelenggaraan di rizab sungai Semenyih dan sungai Purun serta rizab Sungai Sompo dan Sungai Jai telah dibuat dan melibatkan kos sebanyak RM 135,540.00. Kerja penyelenggaraan ini melibatkan kerja-kerja pemotongan rumput di sepanjang rizab sungai dan parit dan dibuat sebanyak 12 pusingan setahun.
- Bagi kerja inden pula, sebanyak 11 kerja kecil telah dibuat pada tahun 2016 untuk penyelenggaraan sungai-sungai kecil di daerah Hulu Langat yang melibatkan kos sebanyak RM 197,555.00. Manakala pada tahun 2017 pula, sebanyak 6 kerja kecil telah dikeluarkan untuk penyelenggaraan sungai yang melibatkan kos sebanyak RM 111,900.00.
- Selain kerja-kerja penyelenggaraan, terdapat juga kerja menaik taraf Sungai Semenyih iaitu Projek Rancangan Tebatan Banjir Sungai Semenyih yang telah bermula pada 1 November 2016 dan dijangka siap pada 4 April 2018 dengan kos sebanyak RM 4,754,100.00.
Kaedah untuk mengurangkan masalah banjir kilat ialah;
- Kerja-kerja cuci gali sungai-sungai utama dan anak-anak
- Kerja-kerja pengukuhan tebing bagi mengelakkan limpahan air
- Menaik taraf bang sungai yang runtuh serta meningkatkan paras
- Kerja-kerja pemasangan ‘flapgate’ di sistem saliran yang melibatkan isu ‘backflow’ air sungai ke kawasan perumahan.
-
Berapa banyak perbelanjaan yang digunakan untuk menyelenggara sungai, longkang dan parit dalam kawasan Majlis Perbandaran Kajang?
Perbelanjaan yang digunakan untuk menyelenggara sungai, longkang dan parit bagi JPS Hulu Langat pada tahun 2017 adalah seperti berikut:
TAJUK KERJA
PERUNTUKAN 2017 (RM)
Penyelenggaraan sungai 1,400,000.00 Penyelenggaraan Kolam 1,400,000.00 Kerja-kerja berkala dan Risiko Banjir 4,500,000.00 manakala penyelenggaraan parit dan longkang bagi Taman/Kampung adalah di bawah PBT.
MAKLUMAT TAMBAHAN
2016
KERJA BERKALA KOS (RM) CATATAN Pembersihan rezab parit utama Semenyih 45,290.00 12 Pusingan (Jan-Dis) Pembersihan rezab sungai Semenyih dan sungai Purun 66,946.42
12 Pusingan (Jan-Dis)
Pembersihan rezab sungai Sompo dan sungai Beranang 73,900.00 12 Pusingan (Jan-Dis) JUMLAH 186,136.42 2016
KERJA INDEN KOS (RM) CATATAN Penyelenggaraan kawasan sungai Jai 16,800.00 Penyelenggaraan parit utama di Kampung Rinching Hulu 13,800.00 Pengukuhan sungai Semenyih di Kg. BT.3 19,500.00 pembersihan dan pengorekan parit di kampung sungai machang 15,750.00
pemuliharaan sungai untuk mengurangkan risiko banjir di sungai pening-pening 19,305.00
pengorekan sungai rinching di kampung rinching tengah 18,150.00 pengorekan sungai jai 19,150.00 pengorekan sungai beranang 19,150.00 pengorekan sungai jernih, kampung sesapan batu rembau 18,650.00
penyelenggaraan selepas banjir dan pengorekan saliran di kampung rinching hilir 19,150.00
pengorekan sungai rinching di kampung rinching tengah 18,150.00 JUMLAH 197,555.00 2017
KERJA BERKALA KOS (RM) CATATAN pembersihan rezab parit utama Semenyih dan sungai Purun
66,000.00
12 Pusingan (Jan-Dis)
pembersihan rezab sungai Sompo dan sungai Jai 69,540.00 12 Pusingan (Jan-Dis) JUMLAH 135,540.00 2017
KERJA INDEN KOS (RM) CATATAN penyelenggaraan dua buah kolam takungan semenyih impian 1 & 2 18,650.00
penyelenggaraan kolam takungan pelangi semenyih dan bandar rinching 18,650.00
penyelenggaraan tebing dikampung sungai kembung hulu dan kampung desa mahkota 18,650.00
penyelenggaraan tebing sungai jernih, kampung sesapan batu rembau 18,650.00
penyelenggaraan tebing sungai beranang, kampung sesapan batu rembau 18,650.00
penyelenggaraan tebing sungai purun 18,650.00 JUMLAH 111,900.00 Maklumat terperinci bagi kerja menaik taraf Sungai Semenyih adalah seperti berikut:
TAJUK KONTRAK : PROJEK RTB SUNGAI SEMENYIH NO. KONTRAK : JPS/N/SEL/SG/22/2016
NAMA PEMBORONG : ZAFA BINA SDN BHD TARIKH MILIK TAPAK : 1 NOVEMBER 2016 TARIKH SIAP : 4 APRIL 2018
HARGA KONTRAK : RM 4,754,100.00
SKOP KERJA
- Revetment Wall – Armour Rock Section (ch 0 –ch 600)
- Composite Geo Bags – (ch 2500-ch2525)
- Counterfort Wall – (ch 2800-ch 2875)
- Drop Control Structure (ch 3150)
- Road Works (yang kritikal sahaja)
- Desilting Sungai Rinching – (100,000m2 )
- b) Bagi tahun 2017, peruntukan yang disediakan bagi penyelenggaraan membaiki longkang adalah sebanyak RM500,000.00. Bagi kerja-kerja menaik taraf longkang adalah sebanyak RM400,000.00 untuk tahun