Mesyuarat Ketiga Penggal Kelima Dewan Negeri Selangor Tahun 2017

3 November 2017, 06 November hingga 10 November 2017 dan 13 November hingga 16 November 2017

267) PENIAGA KECIL DAN GERAI TANPA PERMIT

Tahun: 2017

Sesi: 3

Isu: Kerajaan Tempatan

Adun: Y.B. Tuan Shahrum Bin Mohd Sharif

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Nyatakan jumlah premis tidak berpermit yang telah diambil tindakan oleh PBT dari tahun 2014 hingga kini.

    Jumlah premis tidak berpermit yang telah diambil tindakan oleh PBT dari tahun 2014 hingga kini adalah sebanyak 52,225 premis. Perincian mengikut PBT adalah seperti di Jadual 1:

    Jadual 1 : Jumlah premis tidak berpermit yang telah diambil tindakan oleh PBT dari tahun 2014 hingga 2017

    BIL PBT TAHUN JUMLAH PREMIS TIDAK BERLESEN/PERMIT
    1. MBSA 2014 1,360
    2015 1,483
    2016 839
    Sehingga Oktober 2017 1,220
    2. MBPJ 2014 3,634
    2015 3,753
    2016 4,105
    Sehingga Oktober 2017 3,883
    3. MPK 2014 1,255
    2015 1,117
    2016 1,516
    Sehingga Oktober 2017 957

     

    BIL PBT TAHUN JUMLAH PREMIS TIDAK BERLESEN/PERMIT
    4. MPAJ 2014 1,002
    2015 1,100
    2016 1,293
    Sehingga Oktober 2017 0
    5. MPSJ 2014 651
    2015 896
    2016 642
    Sehingga Oktober 2017 325
    6. MPS 2014 678
    2015 780
    2016 653
    Sehingga Oktober 2017 455
    7. MPKJ 2014 1,179
    2015 1,168
    2016 1,302
    Sehingga Oktober 2017 834
    8. MPSP 2014 342
    2015 394
    2016 201
    Sehingga Oktober 2017 319
    9. MDKL 2014 1,492
    2015 1,835
    2016 1,981
    Sehingga Oktober 2017 1,560
    10. MDHS 2014 0
    2015 0
    2016 0
    Sehingga Oktober 2017 0
    11. MDKS 2014 1,057
    2015 1,141
    2016 1,568
    Sehingga Oktober 2017 1,136
    12. MDSB 2014 233
    2015 286
    2016 251
    Sehingga Oktober 2017 349
    JUMLAH KESELURUHAN 52,225

    Nota : Sumber data daripada PBT

  2. Adakah terdapat perbezaan tindakan kepada peniaga rakyat tempatan dengan warga asing?

    b) dan c)

    Peniaga warga asing tidak diberikan lesen berniaga kerana tidak layak untuk memohon lesen perniagaan Sekiranya peniaga warga asing didapati menjalankan perniagaan tanpa lesen, tindakan sitaan akan dibuat serta merta dan barang perniagaan yang dirampas akan dilupuskan setelah 30 hari simpanan.

    Bagi peniaga rakyat tempatan, tindakan penguatkuasaan akan melalui tiga (3) fasa iaitu:-

    Fasa 1: Notis Amaran

    Peniaga akan diberikan tempoh waktu yang mencukupi bagi peniaga membuat permohonan lesen melalui Notis Amaran tersebut. Jika gagal mendapatkan lesen melalui Notis Amaran tersebut. Jika gagal mendapatkan lesen daripada PBT maka peniaga harus menutup premis dengan rela hati atau PBT boleh mengarahkan peniaga berpindah ke lokasi lain yang lebih sesuai untuk diberi lesen. Ini bermakna peniaga rakyat tempatan berpeluang mendapatkan lesen bagi perniagaan.

    Fasa 2: Notis Kesalahan

    Jika peniaga masih berdegil dan masih menjalankan perniagaan tanpa lesen maka kompaun akan dikeluarkan keatas peniaga, peniaga boleh dikompaun maksima RM1000.00.

    Fasa 3: Sitaan barang perniagaan

    Tindakan terakhir jika masih berdegil, barang perniagaan akan disita dan disimpan di setor PBT. Barang perniagaan akan dilupuskan setelah simpanan 30 hari.

  3. Adakah terdapat sebarang proses rundingan atau jalan penyelesaian lain sebelum penguatkuasaan dilakukan?

Lampiran

Tiada Lampiran.