Mesyuarat Ketiga Penggal Kelima Dewan Negeri Selangor Tahun 2017

3 November 2017, 06 November hingga 10 November 2017 dan 13 November hingga 16 November 2017

263) KARNIVAL SIHAT SELANGOR

Tahun: 2017

Sesi: 3

Isu: Kesihatan

Adun: Y.B. Dato' Haji Amiruddin Bin Setro

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Nyatakan jumlah karnival yang telah dilaksanakan oleh Kerajaan Negeri sehingga kini mengikut DUN

    Program Karnival Sihat Selangor (KSS) telah dilaksanakan sejak tahun 2014 oleh Jawatankuasa Tetap Kesihatan bersama 12 Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) Negeri Selangor. Semenjak 4 tahun pelaksanaannya, sebanyak 48 Program KSS telah dilaksanakan di seluruh negeri. Pelaksanaan KSS ini merupakan satu tanggungjawab sosial Kerajaan Negeri untuk memberi kesedaran awam mengenai penjagaan kesihatan serta amalan gaya hidup sihat, cergas serta memupuk amalan bersenam dan beriadah di kalangan masyarakat. Antara pengisian program KSS adalah seperti berikut :

     

    1. Aktiviti Berjalan Kaki 10,000 Langkah;
    2. Aktiviti Kayuhan Jantungku;
    3. Aktiviti Senamrobik;
    4. Program Saringan Sihat Selangor (3S);
    5. Program Skim Peduli Sihat (SPS);
    6. Promosi Bantuan Sihat Selangor (BSS);
    7. Promosi kesihatan oleh JKNS;
    8. Pemeriksaan MAMOGRAM oleh MAKNA;
    9. Promosi pemakanan sihat;
    10. Program kesedaran Denggi;
    11. Program derma darah oleh Pusat Darah Negara / Hospital;
    12. Jualan produk-produk kesihatan; dan
    13. Penglibatan Pusat Berdaya Wanita (PWB).
  2. Nyatakan jumlah perbelanjaan bagi membiayai karnival ini

    Sejak tahun 2014, setiap PBT menerima sebanyak RM10,000.00 setahun bagi menjayakan pelaksanaan Karnival Sihat Selangor iaitu sebanyak RM480,000.00 peruntukan telah disalurkan kepada PBT di

  3. Adakah karnival ini mencapai tahap yang telah ditetapkan Kerajaan Negeri?

    Sepanjang tempoh pelaksanaan KSS selama 4 tahun, sambutan masyarakat adalah begitu positif dan semakin meningkat dari tahun ke tahun terutama di kawasan luar bandar. Ini secara tidak langsung membuktikan pelaksanaan KSS ini berjaya menarik minat masyarakat untuk mengamalkan gaya hidup sihat. Anggaran jumlah peserta yang telah menyertai KSS sepanjang tempoh pelaksanaan adalah seperti berikut:

     

     

    PBT

    JUMLAH PESERTA (ORANG)
    2014 2015 2016 SEHNGGA OKTOBER 2017
    MBSA 1,000 1,400 2,500 2,500
    MBPJ 1,000 1,500 1,800 1,700
    MPK 550 900 1,600 3,000
    MPSJ 500 650 1,237 1,200
    MPAJ 500 500 800 800
    MPKJ 1,200 1,400 1,800 1,800
    MPS 600 450 350 400
    MPSP 500 1,500 2,800 Belum dijalankan
    MDKL 1,000 1,500 1,800 1,800
    MDKS 200 782 1,300 Belum dijalankan
    MDHS 500 600 1,000 Belum dijalankan
    MDSB 1,500 2,000 4,000 4,000
    JUMLAH KESELURUHAN 9,050 13,182 20,987 17,200

     

Lampiran

Tiada Lampiran.