Mesyuarat Ketiga Penggal Kelima Dewan Negeri Selangor Tahun 2017
3 November 2017, 06 November hingga 10 November 2017 dan 13 November hingga 16 November 2017
251) TANAH UNTUK INSTITUT KEBAJIKAN
Tahun: 2017
Sesi: 3
Isu: Tanah & Sumber Alam
Adun: Y.B. Tuan Ng Tien Chee
Kategori: Mulut
Sub Soalan
-
Nyatakan perancangan kerajaan untuk menyelesaikan masalah lokasi pengoperasian institut-institut kebajikan seperti rumah anak yatim, rumah orang tua dan sebagainya
Dari sudut perancangan, Kerajaan Negeri Selangor sememangnya menitikberatkan penyediaan kemudahan masyarakat untuk kegunaan awam sekaligus dapat menyelesaikan masalah lokasi pengoperasian institut-institut kebajikan seperti rumah anak yatim, rumah orang tua dan
Rancangan Struktur Negeri Selangor 2035 telah menggariskan beberapa dasar RSN yang memberi penekanan kepada pembangunan perumahan dan kemudahan infrastruktur fizikal yang dapat membantu untuk meningkatkan taraf kualiti sosial penduduk termasuk taraf pendidikan, kesihatan yang baik, keselamatan, keselesaan dan kesejahteraan.
Antaranya, di dalam Dasar MM12: Kemudahan Kebajikan Akan Disediakan Mengikut Keperluan Golongan Sasaran iaitu Warga Emas, OKU Serta Anak-anak Yatim dan Miskin telah menggariskan beberapa inisiatif pelaksanaan seperti:
- Mewujudkan kemudahan dan perkhidmatan pusat-pusat pengurusan warga emas yang dikhususkan secara harian atau berkediaman;
- Membina kompleks penyayang bagi setiap daerah bagi menempatkan anak-anak yatim/miskin;
- Menyediakan pusat aktiviti harian atau pusat latihan kemahiran di setiap daerah bagi menempatkan gologan OKU;
- Memberi sokongan kepada pertubuhan-pertubuhan kebajikan/ badan bukan kerajaan sedia ada melalui penyediaan tapak atau bangunan serta bantuan fiscal dan guna tenaga; dan
- Menggalakkan penyediaan kemudahan fizikal Bandar dan pengangkutan awam yang mesra warga emas, kanak-kanak dan
Bagi melaksanakan dasar tersebut, setiap pihak berkuasa tempatan (PBT) akan memastikan tapak-tapak kemudahan masyarakat ini disediakan mengikut keperluan di dalam dokumen rancangan tempatan (RT).
Manakala, di peringkat permohonan Kebenaran Merancang bagi skim-skim pembangunan yang berskala bersesuaian, kemudahan-kemudahan tersebut akan dikenakan syarat oleh PLANMalaysia@Selangor dan PBT akan memastikan kemudahan ini disediakan berdasarkan Garis Panduan Perancangan Kemudahan Masyarakat yang telah diterimapakai di Negeri Selangor.