Mesyuarat Ketiga Penggal Kelima Dewan Negeri Selangor Tahun 2017

3 November 2017, 06 November hingga 10 November 2017 dan 13 November hingga 16 November 2017

232) SELANGOR INTERNATIONAL EXPO 2017

Tahun: 2017

Sesi: 3

Isu: Pelaburan

Adun: Y.B. Puan Lee Kee Hiong

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Nyatakan jumlah negara, syarikat, pengunjung, transaksi jualan dan sebagainya yang terlibat dalam Selangor International Expo 2017

    1. Selangor International Expo 2017 (edisi ke – 3) yang memberi fokus kepada industri sains hayat, makanan dan minuman serta produk dan perkhidmatan Halal, telah berjaya menarik seramai 449 gerai pameran yang melibatkan 193 syarikat/organisasi dari dalam dan luar negara yang turut melibatkan penyertaan dari 21 buah negara. Selangor International Expo 2017 telah berjaya menarik seramai 16,694 pengunjung dengan potensi nilai transaksi sebanyak RM204,211,000.
  2. Adakah Selangor International Expo 2017 mencapai sasarannya? Jika ya, nyatakan butir-butirnya.

    Selangor International Expo 2017 telah mencapai sasarannya seperti jadual berikut berbanding pencapaiannya pada tahun 2016 :

    Selangor International Expo 2016 2017
    Jumlah negara 15 21
    Jumlah gerai pameran 525 449
    Jumlah syarikat/organisasi 373 193
    Jumlah pengunjung 10,689 16,694
    Nilai transaksi RM112 juta RM204 juta

    Dengan pencapaian ini, menunjukkan negeri Selangor terus diyakini oleh para pelabur dari dalam dan luar negara untuk menjalinkan kerjasama industri dan perdagangan.

Lampiran

Tiada Lampiran.