Mesyuarat Ketiga Penggal Kelima Dewan Negeri Selangor Tahun 2017
3 November 2017, 06 November hingga 10 November 2017 dan 13 November hingga 16 November 2017
225) NAIK TARAF JALAN FT3209 JALAN KAWASAN PERINDUSTRIAN RAWANG
Tahun: 2017
Sesi: 3
Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam
Adun: Y.B. Puan Gan Pei Nei
Kategori: Mulut
Sub Soalan
-
Bilakah bahagian Jalan FT3209 daripada simpang LAFARGE sehingga PETRONAS selepas Tol Rawang akan dinaiktarafkan?
Jalan FT3209 yang dimaksudkan adalah Jalan Persekutuan. Pihak JKR Negeri Selangor telah mengemukakan permohonan projek ini melalui pihak Cawangan Jalan, Ibu Pejabat JKR Malaysia kepada pihak Kementerian Kerja Raya seterusnya kepada Unit Perancang Ekonomi, Jabatan Perdana Menteri dalam Rolling Plan 3, RMKe-11. -
Senaraikan permohonan yang dibuat oleh JKR Selangor kepada Kementerian Kerja Raya untuk naik tarafkan Jalan FT3209
Pihak JKR Selangor telah mengangkat permohonan menaik taraf jalan FT3209 melalui Cawangan Jalan, Ibu Pejabat JKR Malaysia pada bulan Januari 2017. -
Adakah Kerajaan Selangor boleh naik tarafkan Jalan FT3209?
Kerajaan Selangor boleh menaik taraf Jalan FT3209 atas persetujuan bersama kedua-dua pihak Kerajaan Negeri dan Kerajaan Persekutuan selaras dengan Akta Jalan Persekutuan.