Mesyuarat Ketiga Penggal Kelima Dewan Negeri Selangor Tahun 2017
3 November 2017, 06 November hingga 10 November 2017 dan 13 November hingga 16 November 2017
207) PELABURAN
Tahun: 2017
Sesi: 3
Isu: Pelaburan
Adun: Y.B. Tuan Dr. Haji Yaakob Bin Sapari
Kategori: Mulut
Sub Soalan
-
Berapakah peningkatan jumlah pelaburan di Negeri Selangor semenjak 2015?
Berdasarkan projek perkilangan yang diluluskan di Negeri Selangor, jumlah pelaburan yang diluluskan menunjukkan penurunan dari segi jumlah nilai pelaburan berbanding tahun 2015. Namun begitu berdasarkan rekod kelulusan projek perkilangan yang diluluskan pada tahun 2016, menunjukkan peningkatan dari segi jumlah peluang pekerjaan dan juga projek perkilangan yang
Tahun Projek Pekerjaan Jumlah Modal Pelaburan (RM)
2015 222 14,139 7,963,798,860 2016 242 16,427 7,880,767,374 2017 (Jan – Jun) 87 3,603 1,705,855,394 551 34,169 17,550,421,628 (Sumber : MIDA)
-
Berapakah peluang pekerjaan baru ditawarkan dari peningkatan pelaburan ini?
Peluang pekerjaan baru yang ditawarkan dari kelulusan projek-projek perkilangan adalah sebanyak 34,169 potensi peluang
-
Apakah usaha Kerajaan untuk mengurangkan kebergantungan dengan peniaga asing dalam Industri di Negeri Selangor?
Antara inisiatif yang diambil oleh pihak Kerajaan Negeri untuk mengurangkan kebergantungan kepada pekerja asing adalah dengan memberi tumpuan kepada industri berasaskan teknologi tinggi dan automasi. Antara industri – industri tumpuan pihak Kerajaan Negeri adalah seperti;-
- Life Sciences (Pharmaceuticals, Bio-Technology, Medical Devices, Specialty Chemical )
- Electrical & Electronics (Solar, etc)
- Machinery & Equipment
- Food & Beverages Manufacturing (Halal Products, etc)
- Transport Equipment (Aero Space, Automotive)
Selain itu, Kerajaan Negeri juga menggalakkan pengusaha industri di Selangor untuk mengadaptasi Industri 4.0 dalam proses pengeluaran mereka. Dengan penggunaan automasi dalam sistem pengeluaran, keperluan sumber tenaga kerja kurang mahir dapat dikurangkan dan pihak syarikat lebih berdaya asing.