Mesyuarat Ketiga Penggal Kelima Dewan Negeri Selangor Tahun 2017

3 November 2017, 06 November hingga 10 November 2017 dan 13 November hingga 16 November 2017

203) PERATURAN MENJAGA TANAH KEDIAMAN KOSONG BERCERUN

Tahun: 2017

Sesi: 3

Isu: Tanah & Sumber Alam

Adun: Y.B. Tuan Rajiv A/l Rishyakaran

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Apakah peraturan kepada pemilik tanah kediaman bercerun untuk menjaga atau membuat penyelenggaraan tanah mereka supaya tidak berlaku tanah runtuh yang boleh membahayakan jiran

    Untuk makluman, segala infrastruktur dan cerun di dalam garisan sempadan pemilik kediaman adalah di bawah tanggungjawab pemilik. Pemilik perlu mematuhi syarat-syarat pembinaan termasuk kerja-kerja penyelenggaraan setelah siap dibina yang ditetapkan oleh PBT dengan melantik perunding geoteknikal dan seterusnya membuat penilaian bagi cerun-cerun yang di dapati terhakis atau berisiko. Sekiranya berlaku kacau ganggu, PBT boleh mengeluarkan satu notis bagi memberhentikan kacau ganggu selaras dengan Akta Jalan Parit Dan Bangunan 1974 (Akta 133) Seksyen 87. (1) Notis menghendaki kacau ganggu diberhentikan.

  2. Adakah pihak kerajaan membuat pemeriksaan terhadap rekod penyenggaraan ini?

    PBT melalui Jabatan Kejuruteraan sentiasa membuat inventori cerun-cerun yang berada di dalam kawasan pentadbiran PBT masing-masing serta melaksanakan pemantauan berkala sekali atau dua (2) kali setahun bagi pelaksanaan cadangan kerja penstabilan cerun dengan merujuk garis panduan penyelenggaraan cerun JKR

Lampiran

Tiada Lampiran.