Mesyuarat Ketiga Penggal Kelima Dewan Negeri Selangor Tahun 2017
3 November 2017, 06 November hingga 10 November 2017 dan 13 November hingga 16 November 2017
185) KESALAHAN MEMBERI, MENJUAL DAN MEMAKAI DARJAH KEBESARAN YANG TIDAK DIIKTIRAF OLEH DYMM TUANKU SULTAN SELANGOR
Tahun: 2017
Sesi: 3
Isu: Pentadbiran
Adun: Y.B. Tuan Loh Chee Heng
Kategori: Mulut
Sub Soalan
-
Berapakah kes berlakunya salah guna, memberi, menjual dan memakai Darjah Kebesaran yang tidak diiktiraf oleh DYMM Tuanku Sultan Selangor selepas Dewan Undangan Negeri membuat pindaan Enakmen Lambang-lambang dan Nama-nama (mencegah daripada salah guna) 1962?
Tiada kes dilaporkan bagi salah guna, memberi, menjual dan memakai Darjah Kebesaran yang tidak diiktiraf oleh DYMM Sultan Selangor selepas Dewan Undangan Negeri membuat pindaan Enakmen Lambang-lambang dan Nama- nama (mencegah daripada salah guna)
-
Apakah hukuman yang telah diberikan untuk pesalah?
Memandangkan tiada kes yang dilaporkan setakat ini, tiada hukuman yang diberikan.