Mesyuarat Ketiga Penggal Kelima Dewan Negeri Selangor Tahun 2017
3 November 2017, 06 November hingga 10 November 2017 dan 13 November hingga 16 November 2017
171) TAPAK PEMBUANGAN SAMPAH HARAM
Tahun: 2017
Sesi: 3
Isu: Alam Sekitar
Adun: Y.B. Tuan Shahrum Bin Mohd Sharif
Kategori: Mulut
Sub Soalan
-
Nyatakan jumlah tapak pelupusan sampah haram yang terdapat di Negeri Selangor.
Jumlah tapak pelupusan sampah haram yang terdapat di Negeri Selangor adalah berjumlah 106 lot di mana Kuala Selangor mencatatkan jumlah lot tapak pelupusan sampah yang paling tinggi iaitu sebanyak 49
-
Nyatakan tindakan kepada Tuan Tanah dan Pengusaha Tapak ini
Berdasarkan laporan dapatan hasil bancian yang telah dilaksanakan oleh Jabatan Pertanian Selangor bagi musim 2/2016, sejumlah 8,892 lot sawah yang diusahakan telah dikenal pasti layak untuk diberikan bantuan kewangan dengan jumlah penerima adalah seramai 9,124
-
Adakah Kerajaan Negeri menyediakan peruntukan untuk memulihkan semula tapak tersebut?
Secara keseluruhannya, penyerahan cek-cek bantuan kewangan kepada pesawah telah pun selesai dilaksanakan pada 20 Jun 2017 bermula dari Kawasan Blok Pengairan Panchang Bedena, Sg. Burong, Sekinchan, Sg. Nipah, Bagan Terap, Sg. Leman dan Sg.
Namun begitu, masih terdapat sejumlah 9.5% atau 847 lot sawah yang telah diperakui oleh Jabatan Pertanian Selangor, pengusahanya masih belum menerima cek bantuan kewangan mereka. Ini adalah disebabkan oleh pertukaran nama penerima disebabkan oleh faktor pesawah asal telah meninggal dunia, kesilapan pada ejaan nama, nombor kad pengenalan dan juga perkara yang berkaitan dengan isu di antara pemilik tanah sawah dengan
pemajak tanah sawah tersebut iaitu pengusaha sebenar sawah (operator). Selain daripada itu, terdapat juga isu yang disebabkan oleh cek yang rosak serta cek-cek yang telah tamat tarikh tempoh untuk dimasukkan ke dalam akaun penerima.