Mesyuarat Ketiga Penggal Kelima Dewan Negeri Selangor Tahun 2017

3 November 2017, 06 November hingga 10 November 2017 dan 13 November hingga 16 November 2017

170) BANTUAN KHAS KEWANGAN PESAWAH BENCANA BLB

Tahun: 2017

Sesi: 3

Isu: Industri Asas Tani

Adun: Y.B. Tuan Khasim Bin Abdul Aziz

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Apakah syarat-syarat melayakkan seseorang pesawah menerima bantuan kewangan tersebut?

    Syarat-syarat yang telah ditetapkan untuk pesawah menerima bantuan kewangan tersebut adalah seperti berikut :-

     

    1. Penerima adalah merupakan pengusaha sawah (operator);

     

    1. Kawasan yang telah diserang oleh penyakit BLB mestilah sekurang- kurangnya 20% dari keseluruhan lot; dan

     

    1. Lot sawah diperakui oleh Jabatan Pertanian Selangor telah dijangkiti serangan penyakit BLB melalui bancian yang telah dibuat oleh
  2. Berapakah jumlah penerima bantuan kewangan ini?

    Berdasarkan laporan dapatan hasil bancian yang telah dilaksanakan oleh Jabatan Pertanian Selangor bagi musim 2/2016, sejumlah 8,892 lot sawah yang diusahakan telah dikenal pasti layak untuk diberikan bantuan kewangan dengan jumlah penerima adalah seramai 9,124

  3. Adakah kesemua penerima bantuan telah menerima bantuan tersebut?

    Secara keseluruhannya, penyerahan cek-cek bantuan kewangan kepada pesawah telah pun selesai dilaksanakan pada 20 Jun 2017 bermula dari Kawasan Blok Pengairan Panchang Bedena, Sg. Burong, Sekinchan, Sg. Nipah, Bagan Terap, Sg. Leman dan Sg.

    Namun begitu, masih terdapat sejumlah 9.5% atau 847 lot sawah yang telah diperakui oleh Jabatan Pertanian Selangor, pengusahanya masih belum menerima cek bantuan kewangan mereka. Ini adalah disebabkan oleh pertukaran nama penerima disebabkan oleh faktor pesawah asal telah meninggal dunia, kesilapan pada ejaan nama, nombor kad pengenalan dan juga perkara yang berkaitan dengan isu di antara pemilik tanah sawah denganpemajak tanah sawah tersebut iaitu pengusaha sebenar sawah (operator). Selain daripada itu, terdapat juga isu yang disebabkan oleh cek yang rosak serta cek-cek yang telah tamat tarikh tempoh untuk dimasukkan ke dalam akaun penerima.

Lampiran

Tiada Lampiran.