Mesyuarat Ketiga Penggal Kelima Dewan Negeri Selangor Tahun 2017
3 November 2017, 06 November hingga 10 November 2017 dan 13 November hingga 16 November 2017
165) PENYELENGGARAAN DAN PEMBAIKPULIHAN PADANG BOLA SEPAK AWAM
Tahun: 2017
Sesi: 3
Isu: Kerajaan Tempatan
Adun: Y.B. Tuan Haji Saari Bin Sungib
Kategori: Mulut
Sub Soalan
-
Adakah kerajaan mempunyai perancangan penyelenggaraan dan pembaikpulihan padang-padang bola sepak awam dan adakah inisiatif ini mampu mencungkil bakat baru dalam sukan ini?
Kerajaan Negeri melalui PBT sentiasa telah mempunyai perancangan penyelenggaraan dan pembaikan padang–padang bola sepak awam setiap tahun. Di antara perancangan penyelenggaraan/skop kerja penyelenggaraan sesebuah padang bola sepak adalah seperti berikut;
- Kerja penyiraman;
- kerja pembajaan rumput;
- Kerja pemotongan rumput;
- Kerja membuat garisan;
- Kerja pembersihan;
- Kerja Kawalan rumput asing; dan
- Kerja ‘Divet’ selepas penggunaan padang bola
PBT bersama-sama dengan persatuan bola sepak daerah, kelab-kelab NGO menyokong untuk program mencungkil bakat baru dalam bola sepak sebagai contoh Piala Yang Dipertua dan Akademi Merah Kuning peringkat daerah. Terdapat juga Klinik Bola sepak menggunakan padang bola sepak PBT untuk tujuan program pembangunan bola sepak dengan memberi kemudahan padang tersebut secara percuma atau pun dengan sewaan yang berpatutan melalui potongan kadar harga sewaan.