Mesyuarat Ketiga Penggal Kelima Dewan Negeri Selangor Tahun 2017
3 November 2017, 06 November hingga 10 November 2017 dan 13 November hingga 16 November 2017
163) SKIM SMART LIFE (SMART LIFT IMPROVEMENT FOR QUALITY LIFE)
Tahun: 2017
Sesi: 3
Isu: Perumahan
Adun: Y.B. Datuk Halimaton Saadiah Binti Bohan
Kategori: Mulut
Sub Soalan
-
Nyatakan secara terperinci Skim Smart Life dan manfaat bagi rakyat Selangor?
Kerajaan Negeri telah memperuntukkan sejumlah RM30 juta bagi pelaksanaan Skim SMART LIFE yang merupakan bantuan khusus untuk lif yang diberikan kepada pangsapuri kos rendah sahaja (RM42,000.00 ke bawah) seperti berikut:
- Bantuan baik pulih lif secara percuma tanpa perkongsian kos daripada
- Bantuan bayaran fi firma kompeten untuk penyenggaraan lif (kontrak komprehensif).
-
Nyatakan jenis penyelenggaraan dan lokasi perumahan yang telah di selenggara sehingga kini?
Jenis bantuan penyelenggaraan lif yang diberikan adalah Kerajaan Negeri memberi bantuan kewangan untuk membayar fi firma kompeten lif selama setahun. Bantuan ini dapat meringankan beban JMB atau MC terlibat dan membuat penjimatan kos perbelanjaan penyenggaraan bangunan sejumlah antara RM7,000.00 sehingga RM100,000.00 setahun mengikut kawasan masing-masing. Jumlah ini sangat besar kepada JMB atau MC yang mempunyai dana kutipan caj yang sangat terhad untuk membaik pulih kerosakan atau menaik taraf kemudahan komuniti di
Senarai penerima bantuan kewangan untuk membayar fi firma kompeten lif adalah seperti di LAMPIRAN A.
LAMPIRAN A SENARAI PANGSAPURI SMART LIFE-BANTUAN BAYARAN FI FIRMA KOMPETEN UNTUK PENYENGGARAAN
LIF (KONTRAK KOMPREHENSIF)
PBT BIL PANGSAPURI NAMA PANGSAPURI JUMLAH UNIT LIF ANGGARAN NILAIAN BANTUAN (SETAHUN) RM MBPJ 2 Damansara Bestari Blok C 2 18,876.48 Damansara Bestari Blok D 2 17,604.48 MPK 3 Pendamar 7A 1 7,632.00 Pendamar 7B 3 17,172.00 Mutiara Bukit Raja – Fasa 2 2 20,352.00 MPSJ 4 Seri Kayan 4 49,989.60 Anggerik 2 15,264.00 Sri Tanjung 8 55,968.00 Pangsapuri Belimbing Cempaka
2 19,200.00 MPAJ 7 Ukay Indah 6 37,540.00 Bukit Segar Blok A1 2 11,130.00 Blok Tanjung 2 51,007.20 Saga Suria, Taman Saga 3 26,712.00 Pandan Ria Blok A & B 4 25,440.00 Permai Court 2 2 22,641.60 Sri Nilam 12 83,952.00 MPKj 2 Teratai, Taman Anggerik Perdana
2 14,678.88 Teratai Mahkota Cheras 8 81,408.00 MPS 3 Desa Satu (Desa Aman Puri) 14 88,298.00 Selaseh 1 9540.00 Sri Saujana & Saujana Ria Apartmen
6 62,328.00 MPSp 1 Cengal 2 18,656.00 JUMLAH 22 90 755,390.24