Mesyuarat Ketiga Penggal Kelima Dewan Negeri Selangor Tahun 2017
3 November 2017, 06 November hingga 10 November 2017 dan 13 November hingga 16 November 2017
162) BANTUAN KERAJAAN NEGERI UNTUK TADIKA RAKYAT
Tahun: 2017
Sesi: 3
Isu: Pendidikan
Adun: Y.B. Tuan Dr Xavier Jayakumar A/l Arulanandam
Kategori: Mulut
Sub Soalan
-
Berapakah bantuan yang telah disalurkan kepada Tadika Rakyat bermula dari 2013 hingga sekarang?
Bantuan yang diberikan kepada Tadika Rakyat bermula pada tahun 2013 sehingga kini disalurkan dalam pelbagai bentuk seperti:
- Bantuan melalui penajaan program yang berjumlah RM40,320 untuk program pembangunan kemahiran guru pada tahun 2015. Bantuan ini salurkan melalui badan bukan kerajaan (NGO) CHILD; dan
- Bantuan yuran pembelajaran kepada pelajar yang layak melalui Skim TUNAS berjumlah RM87,670 (Ringgit Malaysia :Lapan puluh tujuh ribu dan enam ratus tujuh puluh sahaja) dari tahun 2013 hingga
-
Adakah perancangan Kerajaan Negeri untuk menambah lagi jumlah Tadika Rakyat?
Buat masa ini Kerajaan Negeri belum bercadang untuk menambah jumlah Tadika Rakyat. Namun begitu, Kerajaan Negeri sedia membantu dari segi untuk peningkatan kemahiran pelajar dan guru-guru Tadika