Mesyuarat Ketiga Penggal Kelima Dewan Negeri Selangor Tahun 2017
3 November 2017, 06 November hingga 10 November 2017 dan 13 November hingga 16 November 2017
158) MEMBANTU NAIK TARAF KEHIDUPAN NELAYAN
Tahun: 2017
Sesi: 3
Isu: Industri Asas Tani
Adun: Y.B. Datuk Seri Dr. Wan Azizah Binti Wan Ismail
Kategori: Mulut
Sub Soalan
-
Apakah kerajaan mempunyai perancangan untuk membina MITS di setiap daerah di Selangor?
Nelayan adalah merupakan pembekal sumber protein kepada kehidupan seluruh rakyat di Negeri Selangor khususnya. Bagi memastikan bekalan ikan sentiasa berada pada tahap yang baik, Kerajaan Negeri telah menyediakan beberapa bentuk bantuan khusus kepada golongan tersebut. Bentuk bantuan yang diberikan adalah peralatan untuk menangkap ikan seperti jaring, peralatan navigasi di laut atau Global Positioning System (GPS), jaket keselamatan, tong ikan serta bantuan sampan dan enjin bot. Walau bagaimanapun, bantuan berbentuk sampan dan enjin bot tidak lagi diberikan bermula pada tahun 2016. Ini sebabkan oleh kos per unit yang tinggi di mana hanya sebilangan kecil nelayan sahaja yang memperoleh bantuan dalam setahun berbanding dengan dasar baharu yang sedang dilaksanakan. Sebagai contoh, pada tahun 2016 seramai 620 nelayan telah mendapat manfaat dari perubahan dasar tersebut berbanding hanya 144 orang nelayan sahaja pada tahun
Jumlah peruntukan yang telah dibelanjakan untuk tujuan tersebut adalah seperti berikut :-
BIL. TAHUN PERUNTUKAN (RM) JUMLAH PENERIMA 1. 2015 781,000 144 2. 2016 844,690 620 3. 2017 500,000 333 JUMLAH 2,125,690 1,097 -
Apakah usaha-usaha untuk memperbanyakkan pengeluaran hasil perikanan untuk memenuhi keperluan pengguna?
Hasil tangkapan ikan yang diperolehi melalui tangkapan laut oleh nelayan semakin menurun atas faktor sumber ikan yang semakin berkurangan dan juga faktor cuaca. Status semasa menunjukkan bahawa jumlah tangkapan laut semakin berkurangan sejak tahun 2010 iaitu jumlah pendaratan ikan laut di Negeri Selangor pada tahun tersebut adalah sebanyak 144,400 metrik tan manakala pada tahun 2016 pula menurun kepada hanya 93,505 metrik tan. Berdasarkan kepada faktor tersebut, kaedah penternakan ikan (akuakultur) secara komersial telah diberikan penekanan dan galakan oleh Kerajaan Negeri melalui program-program yang disediakan oleh Jabatan Perikanan Selangor. Antara kaedah penternakan ikan yang dilaksanakan adalah seperti penternakan ikan dalam sangkar, kolam simen, kolam tanah, tangki dan kepungan. Ini termasuk juga pembukaan kawasan-kawasan baharu melalui Program Taman Kekal Pertanian Makanan (TKPM) di mana segala usaha tersebut telah berjaya menghasilkan sejumlah 6,404 metrik tan ikan yang melibatkan kawasan seluas 631
-
Apakah usaha yang diambil bagi membantu menstabilkan harga hasil perikanan supaya rakyat tidak tertekan dengan kenaikan harga yang tinggi?
Bagi pengawalan kestabilan harga ikan, ianya adalah merupakan tanggungjawab Kerajaan Pusat dan dilaksanakan oleh Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM). Terdapat beberapa langkah yang telah dan sedang dilaksanakan bagi membantu untuk memastikan kestabilan harga ikan dapat di kawal dari menjadi terlalu tinggi. Antara langkah-langkah yang telah diambil adalah seperti tidak membenarkan lagi aktiviti mengeksport ikan-ikan yang digelar sebagai ikan rakyat seperti ikan kembung, selar dan cencaru selain dari menggalakkan penjualan ikan secara terus oleh nelayan kepada pembeli melalui pasar-pasar nelayan yang diwujudkan serta menggalakkan dan mempromosikan ikan air