Mesyuarat Ketiga Penggal Kelima Dewan Negeri Selangor Tahun 2017

3 November 2017, 06 November hingga 10 November 2017 dan 13 November hingga 16 November 2017

154) TRAFFIC COMMAND CENTRE (TCC)

Tahun: 2017

Sesi: 3

Isu: Sains, Teknologi & ICT

Adun: Y.B. Puan Gan Pei Nei

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Adakah Kerajaan Negeri Selangor akan menubuhkan Pusat Kawalan Trafik (Traffic Command Centre) bagi mengawal kelancaran trafik dan mengurangkan kesesakan lalulintas di setiap kawasan PBT?

    Kerajaan Negeri belum mempunyai perancangan bagi menubuhkan Pusat Kawalan Trafik (Traffic Command Centre) bagi mengawal kelancaran trafik dan mengurangkan kesesakan lalu lintas di setiap kawasan PBT. Walau bagaimanapun, pemantauan melalui kamera litar tertutup yang dilengkapi pembesar suara telah dimulakan di kawasan-kawasan pusat bandar bagi mengelakkan berlakunya halangan-halangan lalu

  2. Apakah halangan atau cabaran yang dihadapi untuk menubuhkan Traffic Command Centre (TCC) dalam setiap PBT?

    Antara halangan yang dihadapi adalah:

    • Kos penyediaan peralatan dan kos penyelenggaraan software serta hardware memerlukan kos perbelanjaan yang agak tinggi di mana ia melibatkan perolehan integrasi teknologi seperti jenis controller yang diguna pakai penggunaan camera analytic bagi menganalisa trend trafik, penggunaan sensor terkini yang diperlukan dan sokongan internet untuk penyaluran maklumat dari controller traffic light ke
    • Kos operasi seperti latihan teknikal untuk kakitangan dalaman dan memerlukan penambahan kakitangan untuk kendalian
    • Memerlukan perbincangan menyeluruh dan koordinasi sebelum pelaksanaan dengan pihak berkuasa berkaitan seperti PDRM, LLM, pihak Berkuasa Lebuh raya, JKR dan lain-lain di mana jaringan jalan raya PBT kebanyakan berhubung dengan jaringan jalan raya yang

Lampiran

Tiada Lampiran.