Mesyuarat Ketiga Penggal Kelima Dewan Negeri Selangor Tahun 2017

3 November 2017, 06 November hingga 10 November 2017 dan 13 November hingga 16 November 2017

150) MASALAH ANJING LIAR DAN KEMUNGKINAN PENYAKIT ANJING GILA

Tahun: 2017

Sesi: 3

Isu: Alam Sekitar

Adun: Y.B. Tuan Dr. Haji Yaakob Bin Sapari

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Apakah langkah-langkah diambil untuk mengawal anjing liar?

    Untuk makluman Ahli-ahli Yang Berhormat, langkah-langkah yang diambil untuk mengawal anjing liar adalah seperi berikut :

     

    1. Operasi bersepadu    penangkapan    anjing    liar     secara     berterusan berdasarkan aduan dan pemantauan;
    2. Kempen pelesenan anjing;
    3. Melantik kontraktor berkelayakan untuk menangkap anjing liar;
    4. Menubuhkan “Team Risikan” bagi mengenal pasti kawasan “Hotspot” dan memudahkan kerja-kerja penangkapan anjing dilakukan;
    5. Mengedarkan risalah tentang cara pemeliharaan anjing dan masalah anjing terbiar kepada orang awam;
    6. Mewujudkan program anjing angkat bagi orang awam yang ingin membela anjing yang telah ditangkap;
    7. Kempen kebaikan mengkasi anjing peliharaan dan lain-lain.
  2. Berapa banyak tangkapan telah dibuat mengikut PBT?

    Jumlah keseluruhan tangkapan PBT-PBT Negeri Selangor ialah berjumlah19,498 ekor. Perincian jumlah tangkapan mengikut PBT-PBT seperti berikut:

    PBT JUMLAH TANGKAPAN TAHUN 2017
    MBSA 1,538 ekor
    MBPJ 533 ekor

     

    MPK 9,310 ekor
    MPAJ 883 ekor
    MPSJ 1,363 ekor
    MPS 1,712 ekor
    MPKj 2,030 ekor
    MPSp 753 ekor
    MDKL 360 ekor
    MDHS 430 ekor
    MDKS 440 ekor
    MDSB 146 ekor
     

    JUMLAH

     

    19,498 ekor

    Nota: Sumber Pihak Berkuasa Tempatan

     

  3. Adakah wujud penyebaran penyakit anjing gila di Negeri Selangor?

    Pada tahun 2015 Kerajaan Negeri telah mengambil inisiatif dengan menyalurkan peruntukan sebanyak RM32,000.00 kepada Institut Penyelidikan Veterinar, Ipoh (VRI) bagi menjalankan survelan penyakit rabies ke atas anjing- anjing liar di semua Pihak Berkuasa Tempatan Negeri

    Sehingga kini, Kerajaan Negeri tiada sebarang notifikasi daripada Jabatan Veterinar Negeri Selangor berkaitan penyebaran penyakit anjing gila di Negeri Selangor.

Lampiran

Tiada Lampiran.