Mesyuarat Ketiga Penggal Kelima Dewan Negeri Selangor Tahun 2017

3 November 2017, 06 November hingga 10 November 2017 dan 13 November hingga 16 November 2017

147) MANFAAT PROGRAM RANGSANGAN KERJAYA RAKYAT SELANGOR (RKRS)

Tahun: 2017

Sesi: 3

Isu: Pekerjaan

Adun: Y.B. Tuan Haji Saari Bin Sungib

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Apakah langkah kerajaan untuk melebarkan lagi manfaat daripada program Rangsangan Kerjaya Rakyat Selangor (RKRS) kepada lebih ramai penerima manfaat?

    Program jalinan kerjasama di antara Perangsang Selangor selaku penganjur program Rangsangan Kerjaya Rakyat Selangor (RKRS) bersama Yayasan Hijrah Selangor iaitu Program Pembangunan Usahawan (“Zero to Hero”) telah membantu memberi peluang kepada peserta-peserta RKRS yang terdiri daripada anak-anak Selangor untuk menjadi usahawan.

    Mengambil kira kekangan modal yang dihadapi oleh bekas peserta kursus berikutan keadaan ekonomi semasa, program kerjasama ini dilihat mampu memberi impak yang positif kepada pembangunan usahawan di negeri ini di mana bakal-bakal usahawan terlebih dahulu dipilih untuk mempersiapkan kemahiran Teknikal usahawan dan Insaniah Softskills di bawah program RKRS tajaan Perangsang Selangor sebelum mereka dibantu dengan suntikan pinjaman modal mikrokredit daripada Yayasan Hijrah Selangor untuk memulakan perniagaan.

    Bagi tahun 2016, seramai 120 peserta telah dibantu melalui pakej bantuan latihan kemahiran usahawan RKRS dan tawaran pinjaman mikrokredit daripada Hijrah Selangor. 75% daripada peserta tersebut berjaya membuka perniagaan sendiri. Manakala pada tahun 2017, seramai 180 peserta telah dipilih menyertai kursus RKRS seterusnya menerima tawaran pinjaman mikrokredit daripada Hijrah Selangor.

Lampiran

Tiada Lampiran.