Mesyuarat Ketiga Penggal Kelima Dewan Negeri Selangor Tahun 2017
3 November 2017, 06 November hingga 10 November 2017 dan 13 November hingga 16 November 2017
144) TINDAKAN PENGUATKUASAAN NO 18, JALAN UNIVERSITI, PETALING JAYA
Tahun: 2017
Sesi: 3
Isu: Kerajaan Tempatan
Adun: Y.B. Tuan Rajiv A/l Rishyakaran
Kategori: Mulut
Sub Soalan
-
Apakah kronologi tindakan kerajaan terhadap kedai Perodua yang beroperasi tanpa lesen di No. 18, Jalan Universiti?
Majlis Bandaraya Petaling Jaya akan menjalankan tindakan penguatkuasaan secara bersepadu yang melibatkan aspek perlesenan,bangunan,perancangan serta perundangan ke atas premis
Berikut merupakan statistik tindakan penguatkuasaan yang telah dijalankan oleh Majlis di bawah Undang-undang Kecil Perlesenan Trred, Perniagaan dan Perindustrian MBPJ 2007 dan Undang-undang Kecil Iklan MBPJ 2007 ke atas aktiviti perniagaan tanpa lesen tersebut.
Jenis Tindakan Jumlah Kompaun 12 JUMLAH TINDAKAN 12 -
Mengapakah tindakan tidak dapat diambil untuk menyita barang perniagaan secara berkala?
Undang-undang Kecil Pelesenan Tred, Perniagaan & Perindustrian 2007 hanya memberi kuasa kepada PBT untuk menyita premis-premis yang berlesen sahaja. Walau bagaimanapun tindakan penguatkuasaan masih boleh dibuat dengan meneruskan tindakan pendakwaan ke