Mesyuarat Ketiga Penggal Kelima Dewan Negeri Selangor Tahun 2017
3 November 2017, 06 November hingga 10 November 2017 dan 13 November hingga 16 November 2017
140) PENGIKTIRAFAN SUMBANGAN SURI RUMAH
Tahun: 2017
Sesi: 3
Isu: Wanita & Keluarga
Adun: Y.B. Puan Haniza Binti Mohamed Talha
Kategori: Mulut
Sub Soalan
-
Bagaimana Kerajaan Negeri Selangor boleh mengiktiraf sumbangan kaum wanita yang menjadi suri rumah, mengurus rumah tangga dalam konteks pembangunan sesebuah negeri/ negara?
Kerajaan Negeri mengiktiraf sumbangan dan peranan kaum wanita termasuk golongan wanita yang memilih untuk menjadi suri rumah. Kerajaan Negeri melalui Dasar Wanita Selangor dan Pelan Tindakan akan menubuhkan projek perintis koperasi milik wanita yang akan diterajui dan dianggotai oleh kaum wanita yang membuka peluang kepada perniagaan yang berteraskan masyarakat. Menurut Pertubuhan Buruh Antarabangsa (ILO), koperasi adalah satu bentuk perusahaan berdaya maju yang telah terbukti menjana pendapatan serta menjadi asas yang berkesan untuk mengurangkan ketaksamaan berdasarkan gender, umur, bangsa, etnik dan keupayaan fizikal. Selain golongan suri rumah, antara kumpulan wanita yang terpinggir untuk dibantu adalah seperti berikut :
- Wanita ketua keluarga yang tinggal di luar bandar;
- Wanita ketua keluarga dalam kalangan komuniti India;
- Wanita berpendidikan rendah dan tiada dalam tenaga kerja;
- Wanita bercerai, berpisah dan kematian suami bergaji rendah dan berpendapatan isi rumah rendah;
- Wanita orang asli; dan
- Wanita bercerai yang ditinggalkan tanpa
Kerajaan Negeri berhasrat dengan penubuhan koperasi ini dapat membantu golongan suri rumah secara terus melalui manfaat perusahaan koperasi berasaskan perkhidmatan yang akan direncanakan kelak. Hasil keuntungan koperasi dan dividen dapat memberikan pulangan dan manfaat secara terus kepada ahli koperasi yang terlibat.