Mesyuarat Ketiga Penggal Kelima Dewan Negeri Selangor Tahun 2017

3 November 2017, 06 November hingga 10 November 2017 dan 13 November hingga 16 November 2017

133) INFRASTRUKTUR

Tahun: 2017

Sesi: 3

Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam

Adun: Y.B. Tuan Ir. Haji Mohd Haslin Bin Hassan

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Adakah kerajaan Selangor telah dimaklumkan tentang cadangan jajaran terkini Projek High Speed Rail melalui Negeri Selangor?

    Melalui penelitian saya, dua soalan telah ditanyakan tentang perkara berkaitan projek Keretapi Berkelajuan Tinggi (High Speed Rail – HSR). Soalan-soalan tersebut datangnya dari:

     

    No Soalan Nama ADUN Tajuk Soalan
    234 Dengkil HIGH SPEED RAIL

     

    a)                 Nyatakan status terkini cadangan projek ini.

     

    b)                 Adakah terdapat sebahagian jajarannya yang melalui kawasan DUN Dengkil?

     

    c)                  Adakah terdapat sesi penerangan dan perbincangan bersama penduduk dilakukan berkaitan proses pengambilalihan tanah yang bakal dilakukan?

     

    Izinkan saya untuk menjawab bersekali soalan-soalan yang telah dibangkitkan oleh Yang Berhormat Tanjung Sepat dan Yang Berhormat Dengkil berhubung status pelaksanaan projek Keretapi Berkelajuan Tinggi (High Speed Rail – HSR) Kuala Lumpur – Singapura.

    Tuan Speaker,

     

    Pelaksanaan projek Keretapi Berkelajuan Tinggi (High Speed Rail– HSR) Kuala Lumpur ke Singapura yang melibatkan sebahagian kawasan di dalam Negeri

    Selangor telah dibentangkan kepada Kerajaan Negeri melalui Mesyuarat Majlis Kerajaan Negeri (MMKN) ke 21/2016 pada 23 Jun 2016 oleh MyHSR Corp.

     

  2. Apakah kerajaan telah bersetuju dengan cadangan tersebut?

    Berdasarkan keputusan MMKN tersebut yang telah disahkan oleh Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Selangor Ke 22/2016 pada 13 Julai 2016, Kerajaan Negeri mengambil maklum dan memutuskan bahawa jajaran koridor berkenaan belum dimuktamadkan. MyHSR hanya dibenarkan untuk mengemukakan permohonan di bawah Seksyen 4, Akta Pengambilan Tanah 1960 bagi membolehkan kajian tapak dibuat. Pada masa ini, pihak MyHSR Corp. masih belum membentangkan hasil kajian kepada Kerajaan Negeri untuk pertimbangan

  3. Apakah bentuk penyelesaian isu pengambilan tanah penduduk yang terlibat?

    Merujuk kepada isu pengambilan tanah yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Dengkil dan Yang Berhormat Tanjung Sepat, perkara ini hanya akan dapat dilaksanakan setelah lot-lot yang terlibat dengan cadangan jajaran dikenalpasti, iaitu setelah pembentangan mengenai hasil kajian dibuat oleh MyHSR kepada Kerajaan Negeri

Lampiran

Tiada Lampiran.