Mesyuarat Ketiga Penggal Kelima Dewan Negeri Selangor Tahun 2017

3 November 2017, 06 November hingga 10 November 2017 dan 13 November hingga 16 November 2017

129) PARIT BESAR DI BELAKANG PANTAI HOSPITAL KLANG

Tahun: 2017

Sesi: 3

Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam

Adun: Y.B. Tuan Tan Pok Shyong

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Kerja penstabilan tanah di belakang 263, Persiaran Raja Muda Musa yang hakis masih belum dimulakan walaupun dinyatakan akan bermula pada Mei 2017 dan siap pada Julai 2017. Apakah sebab kelewatan tersebut?

    Kelewatan tersebut adalah kerana Majlis sedang mengenal pasti persempadanan bahagian terlibat berikutan rizab parit tersebut berhampiran dengan tanah persendirian.
  2. Bila kerja akan dimulakan?

    Kerja-kerja akan dimulakan setelah kerja ukur tanah selesai.

Lampiran

Tiada Lampiran.