Mesyuarat Ketiga Penggal Kelima Dewan Negeri Selangor Tahun 2017
3 November 2017, 06 November hingga 10 November 2017 dan 13 November hingga 16 November 2017
127) ENAKMEN PENGURUSAN SISA PEPEJAL SELANGOR
Tahun: 2017
Sesi: 3
Isu: Kerajaan Tempatan
Adun: Y.B. Puan Gan Pei Nei
Kategori: Mulut
Sub Soalan
-
Bilakah Enakmen Pengurusan Sisa Pepejal akan dilaksanakan?
a) dan b)
Draf Enakmen Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam Negeri Selangor masih dalam proses penelitian secara terperinci oleh pihak perundangan kerana proses kelulusan Enakmen tersebut perlu melalui beberapa proses yang lebih ketat.
Sehubungan itu, PBT masih menggunakan peruntukan sedia ada iaitu Undang-Undang Kecil (UUK) Pembuangan, Pemungutan dan Pelupusan Sampah Sarap 2007. Sementara menunggu proses semakan draf Enakmen tersebut siap sepenuhnya, pihak Kerajaan Negeri juga telah memohon pandangan dan ulasan perundangan untuk menambah baik Undang-Undang Kecil (UUK) Pembuangan, Pemungutan dan Pelupusan Sampah Sarap 2007 dengan memasukkan input-input yang telah dipersetujui semasa penyediaan draf Enakmen Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam Negeri Selangor tersebut.
-
Senaraikan undang-undang kecil dan pelan tindakan pengurusan sisa pepejal yang telah dilaksanakan di peringkat Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) sementara menunggu pelaksanaan enakmen ini.