Mesyuarat Ketiga Penggal Kelima Dewan Negeri Selangor Tahun 2017

3 November 2017, 06 November hingga 10 November 2017 dan 13 November hingga 16 November 2017

117) APLIKASI PARKIR DALAM TALIAN PBT

Tahun: 2017

Sesi: 3

Isu: Kerajaan Tempatan

Adun: Y.B. Tuan Loh Chee Heng

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Sila menyatakan jumlah pelanggan menggunakan aplikasi parkir dalam talian yang dikendalikan oleh Flexi parking mengikut susunan Majlis Perbandaran Sepang, Majlis Bandaraya Shah Alam, Majlis Perbandaran Selayang dan Majlis Perbandaran Ampang Jaya?

    a) dan b)

    Jumlah pelanggan yang menggunakan aplikasi parkir dalam talian yang dikendalikan oleh Flexi Parking bagi empat (4) PBT iaitu Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA), Majlis Perbandaran Ampang Jaya (MPAJ), Majlis Perbandaran Selayang (MPS), dan Majlis Perbandaran Sepang (MPSp) sebanyak 26,268 orang. Seterusnya, jumlah kos pengurusan “Flexi Parking” hanya di Majlis Perbandaran Ampang Jaya (MPAJ) berjumlah RM3,995.34. Manakala tiga (3) PBT lain iaitu Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA), Majlis Perbandaran Selayang (MPS), dan Majlis Perbandaran Sepang (MPSp) tidak mempunyai kos pengurusan “Flexi Parking”. Berikut adalah butiran jumlah pelanggan dan kos pengurusan Aplikasi “Flexi Parking” seperti berikut:

     

     

     

    PBT

     

    JUMLAH PELANGGAN MENGGUNAKAN APPLIKASI “FLEXI PARKING”

    TAHUN 2017

     

    KOS PENGURUSAN “FLEXI PARKING” (RM)

    MBSA 10,819 Ditanggung oleh konsesi

     

     

     

     

    PBT

     

    JUMLAH PELANGGAN MENGGUNAKAN APPLIKASI “FLEXI PARKING”

    TAHUN 2017

     

    KOS PENGURUSAN “FLEXI PARKING” (RM)

     

    MPAJ

     

    8,876

     

    RM3,995.34

     

    MPS

     

    2,913

     

    Ditanggung oleh konsesi

    MPSp 3,660 Ditanggung oleh konsesi
    JUMLAH 26,268 RM3,995.34

     

    Nota: Sumber Pihak Berkuasa Tempatan

  2. Berapakah kos pengurusan dibayar oleh setiap PBT untuk flexiparking?

Lampiran

Tiada Lampiran.