Mesyuarat Ketiga Penggal Kelima Dewan Negeri Selangor Tahun 2017

3 November 2017, 06 November hingga 10 November 2017 dan 13 November hingga 16 November 2017

113) PERUNTUKAN PELANCONGAN

Tahun: 2017

Sesi: 3

Isu: Pelancongan

Adun: Y.B. Puan Lee Kee Hiong

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Nyatakan peruntukan Kerajaan Negeri yang disalurkan kepada PBT yang menganjurkan aktiviti-aktiviti Tahun Melawat Hulu Selangor 2017 dan Tahun Melawat Klang 2017.

    Kerajaan Negeri telah memperuntukkan kepada Majlis Perbandaran Klang sebanyak RM345,398.30 melibatkan tujuh (7) program iaitu sebanyak RM125,000.00 dan lima (5) projek pelancongan iaitu sebanyak RM220,398.30 bersempena dengan Tahun Melawat Klang

    Bagi menjayakan program Tahun Melawat Hulu Selangor 2017 pula, Kerajaan Negeri telah meluluskan sebanyak 28 projek menaik taraf produk pelancongan dengan kos berjumlah RM970,000.00. Di samping itu, Kerajaan Negeri juga telah memperuntukkan sejumlah RM110,000.00 bagi penganjuran 4 program pelancongan yang diadakan bersempena Tahun Melawat Hulu Selangor 2017.

    Senarai program dan projek pelancongan yang dilaksanakan dengan kerjasama Kerajaan Negeri adalah seperti berikut :

     

    i.                    Tahun Melawat Klang 2017

     

    Bil Perkara Peruntukan

    diluluskan (RM)

    Program & Acara
    1 Aktiviti Menaiki Smart Bus & Royal Klang Heritage

    Walk.

    10,000.00
    2 Klang Art Festival. 15,000.00
    3 Kayuhan Basikal Klasik. 15,000.00
    4 Pertandingan Fotografi. 15,000.00

     

    Bil Perkara Peruntukan

    diluluskan (RM)

    5 Kayuhan Merentasi Jambatan Klang. 15,000.00
    6 Larian Bandar Diraja Klang. 35,000.00
    7 Festival International Art Ketam. 20,000.00
    Jumlah Kecil (RM) 125,000.00
    Projek-projek Kecil
    1 Penambahbaikan lampu pameran (downlight) di Galeri

    Diraja Klang.

    20,000.00
    2 Menaiktaraf Sistem Elektrik di Galeri Diraja Klang. 21,200.00
    3 Kerja-kerja membina tanda tunjuk arah Royal Klang

    Heritage Walk.

    87,794.50
    4 Kerja-kerja memasang lampu isyarat untuk pejalan kaki di Royal Klang Heritage Walk. 78,715.60
    5 Kerja-kerja pelebaran jalan di hadapan Galeri Diraja Klang. 12,688.20
    Jumlah Kecil (RM) 220,398.30
    JUMLAH KESELURUHAN (RM) 345,398.30

     

    1. Tahun Melawat Hulu Selangor 2017

     

    Bil Perkara Peruntukan

    diluluskan (RM)

    Program & Acara
    1 Wings Of KKB: International Selangor Bird Race 2017. 50,000.00
    2 Larian Raja Bukit. 20,000.00
    3 King of Mountain Cycling Challenge 2017. 20,000.00
    4 Hulu Selangor Food Festival 2017. 20,000.00
    Jumlah Kecil (RM) 110,000.00

     

    Bil Perkara Peruntukan

    diluluskan (RM)

    Projek-projek Kecil
    1 Cadangan menaik taraf kawasan rekreasi Air Terjun Serendah dan Telaga Tujuh, Serendah. 105,000.00
    2 Cadangan menaik taraf Bandar Kuala Kubu Baharu : Warisan Bandar Taman. 150,000.00
    3 Cadangan menaik taraf Kolam Air Semula jadi di Pusat Terapi Semula jadi Hulu Tamu. 195,000.00
    4 Cadangan pemasangan Papan Tanda Penunjuk Arah Kawasan Pelancongan di daerah Hulu Selangor. 20,000.00
    5 Cadangan Mengecat Keseluruhan Bangunan TIC (Tourist Information Centre) di Pusat Bandar Kuala Kubu Bharu & kerja-kerja pembaikan am pada bangunan.  

    20,000.00

    6 Cadangan menaik taraf tandas awam di Jalan Abdul Hamid, Pusat Bandar Kuala Kubu Bharu untuk kegunaan awam & pelancongan.  

    20,000.00

    7 Cadangan menaik taraf kemudahan laluan ke Bukit Kutu, Mukim Peretak, Hulu Selangor. 40,000.00
    8 Cadangan kerja-kerja menaik taraf ‘Look Out Point‘ Empangan Sungai Selangor, Mukim Peretak, Hulu Selangor.  

    20,000.00

    9 Cadangan Taman Rama-Rama di Bukit Batu Pahat, Mukim Peretak, Hulu Selangor. 20,000.00
    10 Cadangan Jejak Warisan Kuala Kubu Bharu, Mukim Ampang Pechah, Hulu Selangor. 20,000.00
    11 Menaik taraf Jalan Naik ke Bukit Batu Pahat, Kuala Kubu Bharu, Hulu Selangor. 20,000.00
    12 Kerja-kerja membina Street Art of KKB. 20,000.00
    13 Kerja-kerja menaik taraf Dataran Kuala Kubu Bharu. 60,000.00
    14 Cadangan pemasangan papan tanda Selamat Datang di lokasi masuk ke pekan Kuala Kubu Bharu 20,000.00

     

    Bil Perkara Peruntukan

    diluluskan (RM)

    15 Cadangan menyediakan lapangan pelepasan di Bukit Batu Pahat, Kuala Kubu Bharu. 20,000.00
    16 Kerja-kerja baik pulih kawasan rekreasi Sungai Inki, Kalumpang. 20,000.00
    17 Kerja- kerja membaik pulih kemudahan awam di Kawasan Rekreasi Kolam Air panas Kerling, Kalumpang untuk Majlis Daerah Hulu Selangor.  

    20,000.00

    18 Kerja-kerja menaik taraf mercu tanda di sempadan pintu masuk sempadan Hulu Selangor-Tanjung Malim. 20,000.00
    19 Kerja-kerja menaik taraf mercu tanda di sempadan pintu masuk sempadan Rawang-Sg. Choh. 20,000.00
    20 Kerja-kerja menaik taraf kemudahan di kawasan rekreasi Air Terjun Serendah. 20,000.00
    21 Kerja-kerja menaik taraf di kawasan rekreasi Hutan Pelajaran Sungai Kedondong, Batang Kali. 20,000.00
    22 Kerja-kerja menaiktaraf di kawasan rekreasi Sungai Semangkok. 20,000.00
    23 Kerja-kerja membekal dan memasang Ponton untuk platform di Tasik Taman Millenium. 20,000.00
    24 Kerja-kerja menaik taraf kemudahan awam kawasan rekreasi Sungai Selangor. 20,000.00
    25 Kerja-kerja membekal tong sampah ‘Leach Bin’

    berkapasiti 1100L untuk kawasan rekreasi MDHS.

    20,000.00
    26 Kerja-kerja membekal dan memasang papan tanda amaran dan papan tanda informasi kawasan rekreasi Majlis Daerah Hulu Selangor  

    20,000.00

    27 Kerja-kerja menaik taraf kemudahan awam kawasan rekreasi Sungai Alor Lempah, KKB 20,000.00
    Jumlah Kecil (RM) 990,000.00
    JUMLAH KESELURUHAN (RM) 1,100,000.00
  2. Nyatakan projek atau aktiviti pelancongan di Selangor yang menerima peruntukan yang terbesar pada tahun 2017 dan impaknya

    Sehingga bulan Oktober 2017, Kerajaan Negeri telah membelanjakan sebanyak RM595,000.00 bagi tujuan penganjuran enam (6) program dan acara utama negeri iaitu :

     

    1. Majlis Menandatangani Persefahaman (MOU) Antara Tourism Selangor dan Syarikat Penerbangan Sempena Asean Tourism Forum (ATF) 2017;
    2. Acara 27th Raja Muda Selangor International Regatta 2017;
    3. Acara Larian Malaysia Woman Marathon 2017;
    4. Selangor International Indigenous Arts Festival 2017;
    5. Festival Bon Odori 2017; dan
    6. Sambutan-sambutan Perayaan Kerajaan

     

    Perbelanjaan bagi program-program dan acara tersebut mewakili sebanyak 13% daripada keseluruhan peruntukan bagi aktiviti promosi dan acara pelancongan Negeri. Hasil daripada penganjuran acara-acara tersebut Kerajaan Negeri menyasarkan penyertaan pelancong domestik dan antarabangsa sebanyak 80 ribu orang.

     

    Pada masa yang sama, aktiviti-aktiviti tersebut adalah bertujuan untuk mempromosikan Negeri Selangor sebagai salah sebuah negeri yang unik dan kaya dengan kepelbagaian latar belakang, budaya dan masyarakat. Sebagai contoh, melalui penganjuran Selangor International Indegenous Arts Festival 2017 yang merupakan penganjuran tahun ke-3 telah menarik minat penyertaan dari dalam dan luar negara termasuklah wakil Orang Asal dari Negara Taiwan, Filipina, Indonesia dan lain-lain.

    Pada tahun 2017, Kerajaan Negeri juga memberi fokus terhadap pembangunan menaik taraf infrastruktur Pelancongan Khazanah seperti Bukit Melawati, Taman Kelip-Kelip Kampung Kuantan, Pekan Kuala Kubu Baru dan Galeri Diraja Klang. Bagi tujuan tersebut, Kerajaan Negeri telah memperuntukkan sejumlah RM1.095juta yang mewakili sebanyak 44% daripada jumlah keseluruhan peruntukan menaik taraf produk pelancongan Negeri Selangor.

     

    Selain daripada aktiviti pelancongan tersebut, Kerajaan Negeri turut membelanjakan sebanyak RM200,000.00 bagi tujuan aktiviti promosi pelancongan Negeri melalui pengiklanan aplikasi Google Advertisement Display.

     

    Melalui promosi menggunakan aplikasi Google Advertisement Display ini, sebanyak 4 juta kali tayangan di dalam laman web Youtube akan disiarkan yang dijangka akan mencapai 1.2 juta penonton yang menyaksikan tayangan klip pelancongan Negeri Selangor berdurasi selama 30 saat. Pada masa yang sama, sebanyak 200 ribu paparan iklan atas talian di seluruh dunia yang dijangka akan mencapai 50 ribu klik.

    Pengiklanan melalui Google Advertisement Display ini mampu memberi impak yang berkesan dalam usaha menarik kedatangan pelancongan tempatan dan antarabangsa memandangkan aplikasi ini digunakan oleh 2 bilion orang pengguna di seluruh dunia berbanding kaedah pengiklanan konvensional yang amat terhad capaiannya.

Lampiran

Tiada Lampiran.