Mesyuarat Ketiga Penggal Kelima Dewan Negeri Selangor Tahun 2017

3 November 2017, 06 November hingga 10 November 2017 dan 13 November hingga 16 November 2017

99) USAHAWAN HIJRAH

Tahun: 2017

Sesi: 3

Isu: Usahawan

Adun: Y.B. Puan Rodziah Binti Ismail

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Apakah perancangan Kerajaan Negeri Selangor dalam membantu peniaga kecil HIJRAH mengembangkan perniagaan mereka?

    Pihak kerajaan Negeri Selangor bertindak sebagai penganjur program. Pada tahun 2015, pihak Kerajaan Negeri telah memperuntukkan modal pusingan bagi pelaksanaan program Hijrah Selangor sebanyak RM 100,000,000.00 (Ringgit Malaysia: Satu Ratus Juta). Manakala pada tahun 2016, Kerajaan Negeri telah memberi peruntukan tambahan sebanyak RM31 Juta (Program Pengembangan) untuk meluaskan program Hijrah Selangor dan pada tahun 2017, KNS telah memberikan tambahan modal berbentuk pinjaman sebanyak RM 50

     

    Selain daripada itu, Kerajaan Negeri Selangor juga telah menghubungkan kerjasama Hijrah Selangor dengan Unit Perancang Ekonomi Negeri Selangor dan pelbagai agensi lain bagi memberikan peluang perniagaan kepada usahawan Hijrah Selangor melalui pemberian tapak niaga kepada usahawan yang berminat bagi setiap program Kerajaan Negeri Selangor yang diadakan di seluruh Negeri Selangor.

     

    Melalui hubungan ini juga, kursus keusahawanan diberikan Kerajaan Negeri Selangor bagi meningkatkan motivasi diri, menambah ilmu keusahawanan peserta, kursus pembungkusan produk untuk usahawan menjenamakan produk masing-masing dan mempromosikan produk Usahawan melalui Program Made In Selangor dan pelbagai program lain.

  2. Berapa ramaikah peminjam HIJRAH yang dikategorikan berjaya dalam perniagaan mereka?

    Sehingga kini, pihak Hijrah mengukur kejayaan peserta melalui kejayaan menyelesaikan bayaran balik dengan baik dan memohon semula pinjaman berskala besar untuk meneruskan projek sedia ada. Setakat ini, seramai 16,277

    usahawan telah berjaya menyelesaikan pinjaman masing-masing. Daripada jumlah tersebut, 80% telah berjaya membuat pinjaman ulangan dan baki 20% masih belum meminjam disebabkan sedang memperbaiki disiplin kredit bayaran balik yang menjadi sandaran kepada pinjaman semula. Sekiranya peminjam-peminjam ini tidak mendapat pulangan yang baik hasil dari pinjaman Hijrah, berkemungkinan mereka akan gagal untuk meneruskan pinjaman ulangan dengan bernilai besar.

    Untuk makluman dalam keratan akhbar Selangor kini bertarikh 24 Jun-1 Julai 2016, 19-26 Ramadan 1437H, UNISEL / IDE telah melaksanakan satu kajian secara rawak ke atas peminjam Hijrah Selangor Cawangan Sungai Besar pada

    14 hingga 15 Mei 2016. Hasil kajian mendapati sebanyak 80.4% mengakui peminjam Hijrah Selangor mampu menghapuskan hutang petani dan nelayan dari pinjaman kepada peraih (orang tengah).

    Kajian tersebut juga menunjukkan seramai 8283 orang dengan nilai pinjaman RM 96.3 Juta telah selesai membayar balik dengan baik bagi pusingan pertama. Daripada jumlah ini, seramai 6975 orang (84.2%) telah membuat pinjaman ulangan bernilai besar dan baki 1307 orang (15.8%) tidak keluar dari ahli Hijrah tetapi tidak meminjam (tunggu jika perlu).

  3. Apakah HIJRAH mempunyai usaha bersepadu dengan PBT bagi menyediakan premis perniagaan di pasar malam atau lokasi-lokasi tertentu dlm PBT?

    Sehingga kini, Hijrah telah membuka peluang pinjaman kepada peniaga- peniaga di pasar malam atau lokasi-lokasi yang disediakan oleh PBT dan pada masa yang sama Hijrah juga berusaha untuk bekerjasama dengan pihak PBT bagi menyediakan premis tapak perniagaan kepada peniaga-peniaga

Lampiran

Tiada Lampiran.