Mesyuarat Ketiga Penggal Kelima Dewan Negeri Selangor Tahun 2017

3 November 2017, 06 November hingga 10 November 2017 dan 13 November hingga 16 November 2017

76) PELABURAN TEMPATAN

Tahun: 2017

Sesi: 3

Isu: Pelaburan

Adun: Y.B. Datuk Mat Nadzari Bin Ahmad Dahlan

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Bagaimanakah prestasi pelaburan tempatan untuk Negeri Selangor?

    Bagi tempoh Januari hingga Jun 2017 sebanyak 87 projek perkilangan telah diluluskan di Negeri Selangor dengan jumlah modal pelaburan sebanyak RM 1,705,855,394. Daripada jumlah tersebut sebanyak RM 870,837,572 (51%) adalah daripada pelaburan tempatan.

  2. Apakah bidang-bidang pelaburan yang diberi penumpuan?

    Sealiran dengan perancangan untuk menjadikan Negeri Selangor sebagai negeri maju dan menarik pelaburan dalam industri berteknologi tinggi, Kerajaan Negeri memberi tumpuan kepada 5 sektor industri utama iaitu;-

    • Elektrik & Elektronik (Electrical & Electronics)
    • Peralatan Pengangkutan / (Transport Equipments)
    • Sains Hayat / (Life Sciences)
    • Makanan / (Food Industries)
    • Mesin dan Peralatan / (Machinery & Equipments)

     

    Daripada beberapa sektor industri utama tersebut, beberapa bidang industri tumpuan telah dikenal pasti berpotensi untuk berkembang di negeri Selangor seperti;-

    • E – Commerce
    • Bio – Teknologi
    • Aero – Angkasa
    • Industri Halal

    Industri-industri ini semakin berkembang dan mendapat tempat selari dengan arus perkembangan ekonomi dunia yang kini lebih menjurus kepada perniagaan secara e-dagang, sains hayat, bio teknologi serta aero angkasa.

Lampiran

Tiada Lampiran.